Khamis, 25 Ogos 2011

Keringnya Tasik Galilee Membawa Petanda.....

بسم الله الرحمن الرحيم 

Hari ini aku terbaca 1 info baru... Bende nie berkaitan dengan paras air Tasik Galilee dimana dieorang percaya apabila keringnya tasik ini maka akan turunlah al-masih isa dan ini bermaksud...........

Dibawah ini disertakan info yang didapati dari Carigold dan telah diedit sedikit mengikut kesesuaian...

.........................................................................................


Assalamualaikum semua para hadirin sekelian. salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya... Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini, memberitahu saya dan anda sembahawa... bila keringnya tasik ini, maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini, sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, di ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat, menjadi kerisauan saya sekarang ialah, tasik ini sudah pun kering   dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi, dan 11 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpun ku... anda semua harus beringat bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi, membantu imam mahdi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi... dan aku ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kekurangan berani, kerana hakikat itu jelas, tasik galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun...


dan anda semua kena faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun, ASBAB itu mestilah terjadi, ini bermakna wahai tuan2...

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...

Ingatla saudara2 ku... Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja, dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama, mereka ber-3 adalah manusia belaka, 2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan2... sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini), percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu, ketahuilah, tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini, dan 11 tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 39 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat...!!!

Sekali lagi saya anda ingatkan,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan... (teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012), dan sekiranya teori ini benar2 berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil, dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.





KAJIAN SAINS:


Setelah saya membuat kajian..sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang2 pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api, dan ini bermakna, semua apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.

Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=

sekiranya kajian saya di atas, maka sahlah, apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan collapse... maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana2 manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu, kerana... bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim, seperti banyak yang ada di tanah Melayu...

Kepada semua,
saya pernah pesan gunakan duit untuk:

-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung
-membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang

Ketahuilah,
kita ada tak sampai 39 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 39 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita, menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan2... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan, anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila 1 tanda besar keluar, maka lengkaplah semua tanda2 kecil, bila 1 tanda besar keluar, akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...

Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah, di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)

Kalau perlu,
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu
............................................................................................................

Kepada sahabat sekalian, rebutlah peluang dalam bulan ramadan ini untuk bertaubat, beramal dan berdoa sebanyak2nya... Insya-Allah, apa yang kita pinta dari Allah akan termakbul.. Aku pernah terbaca didalam satu majalah, jika kita ingin Allah berbicara dengan kita, maka mengajilah...Jika kita ingin berbicara dengan Allah, maka dirikanlah solat... Renung2kanlah dan selamat beramal...


Segmen Miss Nadya :: Selamat Hari Raya

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum sume...Memandangkan hari raya tinggal beberape hari lagi, just nk wish kepada sume readers, bloggers etc:

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN!!!

Kepada yang memandu  balik kampung tu, berhati2 lah di jalan raya. ingat2lah orang yang tersayang...
Wah, da terdengar lagu hari raya lak kat tv sekarang nie...Syahdu2.. Sedapnya kalo dapat makan kuih semperit time ni...Terliur jap..Xpe, nasib baik da beli sebalang semalam..hehe...

Ok, berita sekarang tengah siarkan pasal kemalangan jalan raya..Insaf2..Pesanan dari penaja: Sila dapat tidur yang secukupnya sebelum meneruskan pemanduan anda. Anda bertanggungjawab kepada nyawa anda &  org sekeliling,oke....

Sabtu, 20 Ogos 2011

"Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com"

  بسم الله الرحمن الرحيم


Tengah berblog walking ni, ak terjumpe satu contest ni.. Oleh sebab ak tgk hadiah die best & rare- sila tengok kat bawah- jd ak pon decide tuk join in instant..xpayah fikir lama2..hehe..



 
Klik sini

Jadi ak nk tag 3 orang bloggers:

1)Clara rella
2)Fathiah Hamim
3)Sopida Ida

Psst...ley jadi duit raye ak tahun ni..Owh random.org, sila pilih aku..puh kiri kanan..haha

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jangan Sesekali Kamu....

بسم الله الرحمن الرحيم

Hi. Today  I just wanna share an article from iluvislam. A nice one & I like it...


JANGAN SESEKALI KAMU.......
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan CINTA kepada Allah..
Namun..
Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA pada-NYA..

Khamis, 18 Ogos 2011

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

  بسم الله الرحمن الرحيم  



Kecantikan Lelaki,
Bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang Cantik
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang & lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummiy
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki....

Kegagahan wanita
Bukan kepada kepejalan otot badan
Tetapi kepada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan…

Genius Mind Reader

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini ak nak kongsi satu laman web best untuk waktu2 senggang korang. Cara die mudah aje, korang pikir satu watak, tak kisah la org betul atau komik pastu jawab soalan yang komputer tanya. Last2 die akan guess watak yang korang fikirkan. Aku pernah try & die mmg dpt teka tp awal2 tue, ak berjaya buatkan die giveup..haha.. Nie link die http://en.akinator.com/... Have fun!!! (^^)

Selasa, 16 Ogos 2011

Di Mana DIA Di Hatiku...

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdullillah... Hari ini segala urusan berjalan dengan lancar...Dengan hati yang gembira, aku pun pergi ke kedai buku untuk mencari buku yang bertitle seperti diatas... Tetapi agak hampa, buku tu masih x diorder lagi nampaknye..Erm, xpelah..Xde rezeki aku kot hari ni..Nampaknya pasni cari kat MPH Mid Valley pulak ke... Bagi yang tertanya-tanya buku ini pasal apa, sila berfikir kearah kebaikan ok time2 bulan pose ni kan..haha.. Buku ini bersifat lebih kepada ketuhanan and seriously sangat BEST untuk dibaca. Kenapa? Ha..Itu kene baca sendiri la ye kawan2.. Aku time start baca buku tue awal2 mmg da tertarik, die menusuk ke kalbu gak & bahasa yang enak dan sedap dibace... Aku da order siap 2 copy kat kedai buku, 1 untuk aku & 1 untuk bagi hadiah kat sape2 je la..tp itulah, xdatang2 lagi.. Maybe dieorg suruh aku cari kat tempat lain nie..Xpe, ade hikmahnye ye.. Ok sementara itu, meh kita review buku nie...
.
.
.
.
Review gambar je lah..hehe
Untuk tengok ulasan buku ini, sila ke blog ini Ulasan Buku... Selamat Membaca!!! (Menaip sambil melihat jam dinding. Alamak jap lagi nak berbuka!! Siap!!! (^^) Selamat Berbuka Semua! Da..... )

Isnin, 15 Ogos 2011

3 Mahkamah Pengadilan

بسم الله الرحمن الرحيم 
 
Bila teringat mahkamah, serta merta kita semua biasanya akan teringat tentang kes orang yang membuat kesalahan.  Ya, itulah mahkamah dunia di mana semua ahli panel serta hadirinnya terdiri daripada manusia. Mahkamah seperti ini senang dimanipulasi dengan sedikit kelicikan dan kebijaksanaan. Tapi, kalian harus ingat, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Hal ini kerana adanya mahkamah yang kedua iaitu mahkamah akhirat dimana hakimnya ialah Allah swt. Tiada dolak dalik yang boleh menyelamatkan kalian walau kalian ialah pakar 'auta' sekalipun. Anggota badan kalian akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yang kalian lakukan. Tanyalah pada diri, adakah mata kalian sering melihat benda yang baik? adakah kaki melangkah pada tempat yang sepatutnya? adakah tangan melakukan perbuatan yang diredai-Nya? adakah mulut menuturkan kata-kata yang elok? 

Mahkamah yang ketiga ialah mahkamah hati dimana saksi, pendakwa dan hakimnya ialah hati kalian sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara tetapi biasanya dinafikan oleh kalian sendiri. Seperti yang pernah aku dengar, Allah sentiasa memberi kita petunjuk dalam kehidupan seharian kita. Itulah dia suara hati kita yang pertama yang biasanya menyuruh kita melakukan kebaikan. Tetapi sayangnya, segera ditepis oleh kata hati yang besar iaitu bisikan syaitan & iblis yang berusaha untuk menyesatkan kita. Andai kata hati tergerak untuk melakukan kebaikan, usah ditahan rasa itu. Lakukanlah kerana kalian tidak tahu bilakah malaikat maut akan datang menjemput. Andai saat itu tiba, tiada apa yang patut kalian kesalkan tetapi bersyukurlah kerana kalian mengikut kata hati yang sebenarnya...


Apakah itu DOSA? "Sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah & kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya" ( Rasullullah s.a.w)

- Source: Dimana DIA Dihatiku-



 SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA! (^^)

Ahad, 14 Ogos 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

بسم الله الرحمن الرحيم





    • Nama : Sephyraz
    • Hobi   : Baca Manga

Segmen : Apa Aku Buat Bila Bosan?

بسم الله الرحمن الرحيم


1. Bace manga banyak2x.. ;)
2. Jalan2 tanpa tujuan..
3. Tengok movie sambil kunyah makanan ringan..
4. Tido sampai pening kepala..
5. Kemas2 meja @ barang2 yg bersepah

Khamis, 11 Ogos 2011

Beli Tiket Bas On9!

بسم الله الرحمن الرحيم


Terbace suratkhabar Kosmo! pagi ni pasal beli tiket bas dalam talian, mmg ak suke sgt. Tak payah ak penat2 beratur kat kaunter panjang2 untuk beli tiket. Jimat mase, jimat tenaga & tak payah nak kene tipu ngan ulat2 tiket ni. Kadang2 siap yg ada pakse beli ngan dieorg nye syarikat... Utk elak, ak biasenye terus tanye je 'Ni bas Konsortium / Transnasional ke?'. Kalo betul & sambil tgk bj yg dieorang pakai, baru ak ikut dieorang g kaunter tiket. Alhmdllh, setakat ni takde kene ngan ulat tiket lagi.. Kadang2 ak mintak tlg kwn ak je beli, jd time ak datang nak naik bas, dieorg tanye ak, ak just tunjuk tiket je...

Btw, ak ngan penuh perasaan teruja ni, cuba nk open laman web die tp agak hampa. Tak tau silap kat mane, website die xley bukak la pulak. Banyak kali ak try tp xdpt2 bukak gak..Maybe ramai sangat bukak laman web nie kot. Sbb tue lambat nk loading.. Masing2 pon teruja nk beli tiket on9. Hidup pun jadi senang. Pasni, kalau nak ke utara, bolehlah ak beli tiket on9 (^^)...


Naik Bas RapidKL & Menang iPad!!!

   بسم الله الرحمن الرحيم


Sape2 yg selalu naik bas rapidKL sgt dialu2kan meyertai contest ni. Drpd korang naik tapi xdapat ape2, better try masuk contest ni. Paling2 koman pun biar dpt sagu hati die, topup kad rapid yg bernilai RM100 which da kire bgs coz dapat menjimatkan duit korang utk topup kad. Ak da try masuk sbb selalu gak naik bas nie tp xde  rezeki lg.. Mane tau people out there yg lucky enough, blh dpt iPad lagi.. Tarikh tutup contest nie 20 September & dieorang akan pilih pemenang secara mingguan..So, ape tunggu lagi, join cepat2 contest nie ok! Jgn lepaskan peluang anda!

Ride, Touch n Win!!! http://www.touchngo.com.my/rtw/
P/s : Adik ak xm JPJ hr ni..Doa dipermudahkan segala urusan. Amin..

Rabu, 10 Ogos 2011

Forgive Me or Forget It???


بسم الله الرحمن الرحيم 


If sumones make mistakes, do you tend to forgive them or hold a grudges against them? Well,studies shows (from Reader Digest 08) that:

MEN tend to focus on WHO did that, so they are interested in revenge & justice but WOMEN tend to FORGIVE whether they feel empathy or not... 

For MEN,personality affect their abilities to forgive (more social, more forgive) 
but 
for WOMEN, personality doesn't affect their ability to forgive people... 

Stop & thinking for a while...herm...true for me, I guess. How's yours?


  

Crdt 2 animewallpaper  

Selasa, 9 Ogos 2011

Tuesday is Pink @ Violet Days!

بسم الله الرحمن الرحيم 


Herm...Tetibe tgh2 mandi, ak terpandang warne bj ak hr nie - violet (or bluish purple), dlm hati terdetik ' eh, ni warne yg sesuai utk hr nie' pas2 mendapat idea utk menulis ttg pengaruh warna yg pernah ak baca sebelum ini..

So, lets get started... Untuk memudahkan ingatan, warna tlh di list spt jadual spt dibwh:


HARI
WARNA
ISNIN
PUTIH
SELASA
PINK / VIOLET
RABU
BIRU
KHAMIS
KUNING / OREN
JUMAAT
HIJAU
SABTU
MERAH
AHAD
HITAM


Pasni, mayb korg tertanye2, apa kebaikan pakai ikut warne setiap hari nie.. Jd, ak try summarykan dari blog Dr. Ariffaizal - Warna Hari Resonan


Isnin


- Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary . Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. 

- Jika dapat tidur yang cukup, hari Isnin merupakan hari yang paling sesuai untuk :
mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang barumenyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. 
- Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah

 
Selasa

- Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

- Hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing, mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

- Dengan berpakaian pink, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat & pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
- Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus  



Rabu


- Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).


- Hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

- Penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

- Warna kuning - warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren - warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. 

- Pada hari ini dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. 

-Warna oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat & penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain. 

Jumaat

- Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung & Paru-paru.

- Hari Jumaat sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

- Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

- Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

- Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

- Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


- Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus , Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf , amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

- Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

- Hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

-Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Hello Blogs!

بسم الله الرحمن الرحيم   

Hi all..Jz starting 2 do dis blogging things 2 make up for my free time ( mcm byk je free time ak..he). First thing first, hope sume yg bace blog nie boleh dpt faedah wpn seciput..orait la tue kan dr xdpt langsung kan kan... My motto is ' 1 deed for 1 day' (kalau lebih pon xpe, lg bgs ape). Jd tanpa berlengah lagi, meh kt start menulis ok...

 First thing first, untuk menulis, kt perlukan idea. Yep..Idea. Tp mcm mane idea nk dtg? Adakah dgn berjln2 tanpa tujuan? Dgn berjogging? Time tido? Tgk bintang tgh malam? Well, sume org ade cara masing2. It depends on person. Tapi apa pulak kt org2 pengkaji nieh? Ha..meh ak quot ape yg dieorg kate :

" According to a group of researchers on creativity, d most common place for people to cook up their best ideas is while they're taking a shower" (Reader Digest Jan 2010)

Tp dlm Islam tak digalakkan sangat kite duduk lame2 kat toilet. Jd bwh nie antara alternatif2 lain untuk anda mendapatkan idea:


2) Bed (51%)- Ltk sebtg pen & bk kecik kt sisi korg sblm tido, dpt idea je, trs tls..
3) Driving (42%)- Drive2 jgk, pk pn pk jgk ok..
4) Walking (28%) - sambil2 jln melihat alam tu, blh dpt inspirasi gak ^^
5) Exercise, running, swimming (25%)

* Wah..ak da dpt idea mcm mane nk curik ikan lg lps nie..Haha..* Crdt pic 2 Google..