Isnin, 15 Ogos 2011

3 Mahkamah Pengadilan

بسم الله الرحمن الرحيم 
 
Bila teringat mahkamah, serta merta kita semua biasanya akan teringat tentang kes orang yang membuat kesalahan.  Ya, itulah mahkamah dunia di mana semua ahli panel serta hadirinnya terdiri daripada manusia. Mahkamah seperti ini senang dimanipulasi dengan sedikit kelicikan dan kebijaksanaan. Tapi, kalian harus ingat, sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Hal ini kerana adanya mahkamah yang kedua iaitu mahkamah akhirat dimana hakimnya ialah Allah swt. Tiada dolak dalik yang boleh menyelamatkan kalian walau kalian ialah pakar 'auta' sekalipun. Anggota badan kalian akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yang kalian lakukan. Tanyalah pada diri, adakah mata kalian sering melihat benda yang baik? adakah kaki melangkah pada tempat yang sepatutnya? adakah tangan melakukan perbuatan yang diredai-Nya? adakah mulut menuturkan kata-kata yang elok? 

Mahkamah yang ketiga ialah mahkamah hati dimana saksi, pendakwa dan hakimnya ialah hati kalian sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara tetapi biasanya dinafikan oleh kalian sendiri. Seperti yang pernah aku dengar, Allah sentiasa memberi kita petunjuk dalam kehidupan seharian kita. Itulah dia suara hati kita yang pertama yang biasanya menyuruh kita melakukan kebaikan. Tetapi sayangnya, segera ditepis oleh kata hati yang besar iaitu bisikan syaitan & iblis yang berusaha untuk menyesatkan kita. Andai kata hati tergerak untuk melakukan kebaikan, usah ditahan rasa itu. Lakukanlah kerana kalian tidak tahu bilakah malaikat maut akan datang menjemput. Andai saat itu tiba, tiada apa yang patut kalian kesalkan tetapi bersyukurlah kerana kalian mengikut kata hati yang sebenarnya...


Apakah itu DOSA? "Sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah & kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya" ( Rasullullah s.a.w)

- Source: Dimana DIA Dihatiku-



 SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA! (^^)

Tiada ulasan: