Isnin, 31 Oktober 2011

Simpang Malaikat 44?


بسم الله الرحمن الرحيم

Source: Google
Tengah bukak2 internet ni, aku terbace pasal bende nie. Bile fikir2 balik, a'ah la, ape sebenarnye maksud simpang malaikat 44? Aku selalu dengat orang cakap mcm nie kalau nak hindar dari perkara buruk kan tapi aku sangat jarang nak cakap coz rase cam janggal nak sebut. Tergeliat jap lidah..hehe.. Dalam google ni, ramai gak tanye pasal definisi 'simpang malaikat 44' tue ape termasuk la aku. Jadi aku pun try cari and come across beberape laman web ni yg bg berkaitan kpd persoalan ni....
a. Maksud simpang Malaikat 44 dalam alam Melayu:

-------------------

Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakah,2007:196), ada rahsia di sebalik angka 44 di sudut ilmu dan tradisi Melayu.

Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.

tahqiq:
istilah2 melayu yg perlu dimurnikan, ia membawa khurafat (kepercayaan karut). WA
b) Source: Anjung Hijau
c) Source : Suka Hadis

Membaca ketiga-tiga sumber ni, dapat aku simpulkan bahawa seelok-eloknya cakaplah 'Aku berlindung dengan Allah daripada perkara buruk'  daripada 'simpang malaikat 44'. Peace.
P/S: Wan aku pernah pesan supaya baca doa ini untuk menghindarkan kita daripada sebarang perkara yang x elok. Dalam BM, makna dia: "Dengan nama ALLAH, setiap yang dilangit & dibumi tidak akan dapat memudaratkan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" . Jadikanlah ini amalan sebelum kita buat sesuatu perkara ke atau sebelum keluar pergi mana2 ke etc. Aku pun pernah terbaca dari web darul syifak ,"bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut."

Selasa, 25 Oktober 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

بسم الله الرحمن الرحيم


Penmerah.com

TQ Clara Rella for tagging me ^^. Here, I tagged 3 person:

1) Mya
2) Miss Nadya
3) DS Mazdasa

Jom join reramai!!!



Jarak Antara 2 Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Credit: Google



Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”.

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak”.

Tapi…” guru bertanya kembali. “Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”.

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.  

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas. Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan”.
Moral of D Story: Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Credit to: AkuIslam


Khamis, 6 Oktober 2011

Solat Terlajak?

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah tak korang berada dalam situasi dimana korang terlajak tido sampai terlepas waktu solat fardu? Biasenye bende nie berlaku time waktu subuh bg kebanyakan org termasuk aku (kantoi di situ..hehe..). Tapi siyes, aku ni type tido mati, kdg2 xperasan kalo org bgnkn ak melainkan die kene sentuh kaki or tangan ak or renjis air ke coz kdg2 dieorg jz gune suare je..Itulah die, seorg ak..hehe.. Biasenye pas terjage, ak terus ganti solat cepat2 tp kadang2 ak terpk jap, cmne doa die coz kdg2 ak niat qada, kdg2 wat cm biase coz ak pernah terdengar org kate smbhyg mcm biase ( baru ak terpk, biase tue mcm mane? time dulu ak tafsir, biase tue dr niat & cara solat tp rupe2nye cara je coz niat da jd qada'..terase jahil sgt lak..xpe2, yg penting ade inisiatif nk baiki diri, kan..) Sebab hari tue ak terlajak maghrib lak coz tertido plus teringat time nie, ak br start cari balik cmne cara nk qada solat ni.. Lepas google2, ak rase ini the best solution yg jawab kemusykilan ak: ( sumber dari halaqah.net)

SOALAN:SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.

Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.

JAWAPAN:SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.


Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.


Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.


Pastue, di sini turut ada org yang post video berkaitan soal jawab tentang solat qada daripada Ustaz Azhar. Jadi ak juz copy je link die & upload kat cni.. ak mmg suke dengar ustaz ni ceramah.sempoi je..=)






Jadi, bg sesape yg ade kemusykilan ttg solat qada ni, hope bende nie leh bantu korg paham lebih lanjut..

Selasa, 4 Oktober 2011

Petua Membersihkan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Credit: Google


Hari ini ak nak share petua untuk mencuci hati yg diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah sebab ak rase makin hari hati ak ni makin gelap & jauh dari Pencipta..Bukan nk kate ak baik sangat, tapi selagi pintu taubat masih terbuke utk ak, baik ak cepat2 mohon keampunan sblm ak meninggal, kan..Jadi alang2 ak cari untuk diri ak sendiri, better ak share gak ape yg ak dapat dgn korang sume. Bak kate org, sebarkanlah walau 1 ayat... ^^..So, lets begin:


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w (min 100 X sebelum tidur) - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.Paling bagus, korang ley wat tiap2 malam selepas Solat Isyak. Minta keampunan sblm korg tido..( Boleh rujuk di laman web ini utk doa die)

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Sebelum tidur pun, maafkan kesalahan orang yg pernah berbuat salah dengan kita. Insya-Allah, hati akan lebih tenang

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. Hebatnya minda kita!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. Insya-Allah

9) Ingat mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk - Turut dapat membersihkan wajah & sebabkan orang tenang memandang kita...

11) Bersedekah - Tidak semestinya berbentuk kebendaan. Senyum pun adalah satu sedekah. Insya-Allah kita akan dapat menceriakan hari org lain dengan senyum kerana ianya adalah satu penyakit yg berjangkit...^^

12) Belanja orang makan - Rajin2 belanja org sekeliling, niat sedekah & kerana Allah

13) Jaga Makanan - Sentiasa makan makanan yg halal, jika was2, tinggalkan shj

14) Berkawan dengan Ulama - Bak kata pepatah, berkawan dgn tukang pembuat minyak wangi, kita akn turut terkena tempiasnya

15) Berkawan dengan orang miskin - untuk menginsafi diri bhw ada lg manusia yg susah drpd kita

16) Pesan pada orang, jadi baik - Setiap org mukmin itu bersaudara. Kita tegur salah silap kwn krn kita sayang dia

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb) - ucapkan benda yg baik2, lihat & buat perkara yg baik2 kerana kita akn dipertanggungjwbkan dgn apa yg kita lakukan di akhirat kelak...

Last but not least, Sharing is Caring. Selamat Beramal & Moga Kita Semua Sentiasa Berada Dlm Lindungan-Nya. Amin...