Jumaat, 7 Jun 2013

Doa Nabi Musa

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24).



(Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir) 

Maksud: Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya. Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.

Diambil dari laman web Dr. MAZA = Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.

Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu.  Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal & yakin bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya & tidak akan pernah mengecewakan kita. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita semua~