Khamis, 18 Ogos 2011

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

  بسم الله الرحمن الرحيم  



Kecantikan Lelaki,
Bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang Cantik
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang & lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummiy
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki....

Kegagahan wanita
Bukan kepada kepejalan otot badan
Tetapi kepada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut kepada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan…

Tiada ulasan: