Selasa, 9 Ogos 2011

Tuesday is Pink @ Violet Days!

بسم الله الرحمن الرحيم 


Herm...Tetibe tgh2 mandi, ak terpandang warne bj ak hr nie - violet (or bluish purple), dlm hati terdetik ' eh, ni warne yg sesuai utk hr nie' pas2 mendapat idea utk menulis ttg pengaruh warna yg pernah ak baca sebelum ini..

So, lets get started... Untuk memudahkan ingatan, warna tlh di list spt jadual spt dibwh:


HARI
WARNA
ISNIN
PUTIH
SELASA
PINK / VIOLET
RABU
BIRU
KHAMIS
KUNING / OREN
JUMAAT
HIJAU
SABTU
MERAH
AHAD
HITAM


Pasni, mayb korg tertanye2, apa kebaikan pakai ikut warne setiap hari nie.. Jd, ak try summarykan dari blog Dr. Ariffaizal - Warna Hari Resonan


Isnin


- Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary . Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. 

- Jika dapat tidur yang cukup, hari Isnin merupakan hari yang paling sesuai untuk :
mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang barumenyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. 
- Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah

 
Selasa

- Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

- Hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing, mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

- Dengan berpakaian pink, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat & pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
- Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus  



Rabu


- Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).


- Hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

- Penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

- Warna kuning - warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren - warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. 

- Pada hari ini dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. 

-Warna oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat & penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain. 

Jumaat

- Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung & Paru-paru.

- Hari Jumaat sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

- Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

- Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

- Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

- Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


- Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus , Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf , amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

- Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

- Hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

-Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.