بسم الله الرحمن الرحيم
Jawapannya: Wajib!(xberdosa kalo xtukar tp kene byr denda la ye kawan2) Aku pun baru tau bende ni selepas kene bayar sebanyak RM 40 bila nak ganti IC baru. Aku dengan niat ikhlas nak tukar IC baru sambil teman mak aku ambil IC die kat JPN, tup tup kene bayar RM40 utk tukar ic. Apekah???
Dari elok2 aku just nak bayar RM10 untuk tukar IC tetibe je jadi RM40. Errkk… Nasib baik mak aku ade skali coz aku bwk duit dlm RM20. Patutlah aku hairan bila en. kat kaunter tue tanya, “ni tak pernah tukar ic lagi ye?”. Aku pun blur2 je jawab ‘tak’ sambil dalam hati tertanye2, apa salahnya tak tukar lg? Ini menunjukkan aku dapat jg ic aku dgn bagus ye setelah sekian lama aku buat. Betul pe. Buat ape nak tukar baru kalo elok lagi. Ni pun aku niat baik nak tukar coz tengok ic baru ade touch & go & lesen skali. Pastu en. kat kaunter tu cakap,’ ni kalau nak tukar kene bayar RM40’. Aku pun tercengang sekejap. ‘ Kenape?’
Lalu en. kat kaunter tu pun jelaskanlah yg seumur hidup kita, wajib 2x buat ic baru. Satu, masa kita da umur 12 tahun. Satu lagi bila umur da genap 18 thn sehingga sblm mencecah 25, kire bahasa mudah, antara umur 18-24 tahun. Why? sebab time tu dikatakan yang muke kite sume akan berubah. Yelah, elok2 time 12 tahun muke chubby2, bila da umur 18 tahun, da kurus da, da makin lawa & hensem sampai orang tgk ic pun xcaye itu muke kite time dulu ye.
Ok, penjelasan die cukup masuk akal tapi mmg aku kurang puas hati sebab kenapa bende ni tak di war-warkan. Atau, adakah di war-warkan dekat orang ramai tapi aku je yang xtau? Kenapa sepanjang hidup aku, aku tak pernah nampak & terbace yang kite kene tukar ic bila umur da 18 tahun. Kenapa tak bagi tau time buat ic umur 12tahun, kite kene buat lagi time umur da mencecah 18 tahun. Why??? Senang2 je melayang duit aku, opps duit mak aku.hehe.. Aisyeh, dalam ketidakpuasan, aku try google untuk cari mana peraturan yg cakap macam tue & aku pun come across this info…..
Gantian Kad Pengenalan 18 Tahun
SYARAT PERMOHONAN
· Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun tetapi belum mencapai umur 25 tahun.
· Pemohon mesti hadir.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan):
· Kad Pengenalan
BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK
1. Warganegara = RM 10.00
Jika lewat memohon (telah melebihi umur 25 tahun), rujuk Jadual Pembayaran 2A
Makluman: Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang berumur 18 tahun hendaklah mendaftar semula Kad Pengenalannya sebelum mencapai umur 25 tahun.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara
Jadi, kenapa sesape yang sesaje nak tukar ic baru lepas tgk ic baru ni lagi lawa & canggih tapi blm genap 18 tahun, simpanlah dulu hasrat tuh sebab bila da genap umur 18 tahun, korang kene ganti lagi walaupun korang buat ic sehari sebelum besday sweet-18 korang tuh. Nanti tak pasal2 duit melayang lagi. Tapi kalo korang rajin nak tukar2 selalu ic, no probs je. Ye lah, mane tau ic yg korang buat baru before 18tahun tu xcantik gambar die & korang nak tukar lagi, no probs je, lagi dialu-alukan asalkan korang bayar je lah.. Da~
P/s: Silalah inform bende ni kepada orang2 lain juga. Sharing is caring! ~
19 ulasan:
aku kena mcm ni la pagi td.ingatkan rm10 ja,alih2 rm40.terkejut aku.rm40 bagi aku nilai yg besar tu.aku setuju dgn engko,perkara ni ramai yg x tahu.knp x disebarkan secara meluas
Adoii umur aku da cecah 36 thn.. Mksdnya 220 la kna kompaun huhu.
Blh buat rayuan ke? Less 50% pn jd la
Sy yg dh berumur 45 pun baru tahu kena tukar ic umur 18 tahun.... Sy i ingat kn tukar ic umor 21 tahun... Makna nya anak sy kena compoun la nie..
Kalau tukar masa umur 20thn harga berapa ye?
Rm10 lah. Kan situ tadi tulis umo 18 tahun - 24 tahun wajib tukar ic klu xmo kena denda.
Byr rm10 je. Terang2 tulis 18 tahun - 24 tahun. Umo 21 kan dlm range tu..
Ouh, mksudnya klau kita tukar ic umur 21 thun x kene compaun la kan?
Tak kene... Kalau lebih 25 tahun baru kene
Klau dh tukar time umur 18..tpi nk tukar lgi boleh kee.. Sbb tngok ic mak ayah nenek muka time 40 an
Thank you for this article. Really helpful :)
Haah kalau dah tukar masa umur 18 boleh tukar lagi ke sebab gambar ic tu buruk sangat tak sanggup nengoknyaa:(
Terima kasih atas info��
Nanti time buat ic baru kena amik gambar lagi sekali ke atau boleh bawak gambar dah siap cuci? Almaklum la tukang amik gambar ic selalu spoil
JPN kayu x bgtau siap². Bagila tau time buat ic umur 12 tu
Kalau bagitahu pun, kepala lembab macam ko nanti buat2 lupa juga.
Nk tuka ic yg umor 18 kene bawa org tua ke
ha saya pun nak tahu jugak jawapan for this question
Dh 1 tahun xtukar ic .bila aku pergi tukar ic baru terus mesin ic problem🤣 so sebelum nk pergi aku Kene call JPN
Ikut tahun dah 25 klau ikut bulan belum 25 kne compound rm40 juga ke cane?
Catat Ulasan