Khamis, 3 November 2011

Internet Memang Bagus!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Abraj al bait towers di Mekah. Beautiful! Sumber: Google

Bagus betul teknologi & media yang ada dekat sekeliling kt sekarang. Jika kt lupa, akan ada benda yg boleh mengingatkan. Hari sebelum2 ni, aku ada surf internet lepas da xtau nak buat ape. Sekali tetibe terbace pasal Puasa Arafah yg dikatakan akan jatuh pada Sabtu ni bersamaan dgn 9 Dzulhijjah. Puase ini merupakan hari ketika jamaah Haji sedang melaksanakan kemuncak ibadat haji iaitu Wuquf di Arafah dan  daripada Abu Qatadah RA katanya :

Telah bersabda Rasulullah SAW : Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun, setahun yang telah berlalu dan setahun mendatang, sedangkan puasa Hari ‘Asyura’ (pula) menghapuskan dosa setahun yang telah berlalu. (HR Al-Jamaah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Tapi dosa-dosa yang dihapuskan itu hanya terbatas kepada dosa-dosa kecil sahaja, bukan dosa-dosa besar, sebab dosa-dosa besar hanya dihapuskan oleh Allah melalui taubat nasuha dengan memenuhi syarat-syaratnya.

Kemudian timbul pula kemusykilan aku, boleh ke kita puasa Hari Sabtu je kan sebab pernah dengar sebelum2 ni, kita xboleh puasa Hari Sabtu or Jumaat je.. Kene pasangkan hari supaya x sama dgn org Yahudi. Jadi, aku surf lagi internet (mmg sgt membantu!) & aku pun terbace ayat ini:

"...larangan berpuasa pada hari sabtu secara khusus itu dikecualikan jika puasa yang hendak dilakukan itu adalah puasa fardhu (wajib) sama ada puasa Qadha Ramadhan, puasa nazar atau puasa kaffarah. Para ulamak mengecualikan juga dari larangan tersebut jika hari sabtu itu menepati kedatangan hari-hari yang amat digalakkan berpuasa (yakni sunnat muakkad) seperti hari ‘Arafah, ‘Asyura’ dan hari-hari awal Dzul-Hijjah. Maka jika hari ‘Arafah atau sebagainya itu jatuh pada hari sabtu, tidaklah dimakruhkan kita berpuasa kerana niat kita bukan hendak mengkhususkan hari sabtu itu dengan puasa tetapi kerana ingin merebut pahala berpuasa pada hari ‘Arafah yang kebetulan jatuh pada hari Sabtu." (Sumber: Ilmu & Ulamak)

Jadi, kpd kawan2 yg nak pose hari Sabtu ni, no probs ok. Teruskan je.. Yg penting, ikhlaskan hati & puasa untuk dapat keredhaan Allah. Sentiasa doa agar ibadah kita diterima oleh Allah.. Puasa sunat lain2 boleh ditengok pada laman ini, Fadilat Puasa Wajib & Sunat Sepanjang Tahun.  Dari sini juga aku baru dapat tau yg  puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (hari ke-11) & lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

P/S: Satu lagi laman web yg boleh dilihat mengenai hari dilarang puasa ini adalah IslamGRID. Jika ada tersilap kata @ maklumat, mohon dibetulkan.. TQ.



Tiada ulasan: