Isnin, 31 Oktober 2011

Simpang Malaikat 44?


بسم الله الرحمن الرحيم

Source: Google
Tengah bukak2 internet ni, aku terbace pasal bende nie. Bile fikir2 balik, a'ah la, ape sebenarnye maksud simpang malaikat 44? Aku selalu dengat orang cakap mcm nie kalau nak hindar dari perkara buruk kan tapi aku sangat jarang nak cakap coz rase cam janggal nak sebut. Tergeliat jap lidah..hehe.. Dalam google ni, ramai gak tanye pasal definisi 'simpang malaikat 44' tue ape termasuk la aku. Jadi aku pun try cari and come across beberape laman web ni yg bg berkaitan kpd persoalan ni....
a. Maksud simpang Malaikat 44 dalam alam Melayu:

-------------------

Ensiklopedia Perbidanan Melayu’ (Anisah Barakah,2007:196), ada rahsia di sebalik angka 44 di sudut ilmu dan tradisi Melayu.

Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.

tahqiq:
istilah2 melayu yg perlu dimurnikan, ia membawa khurafat (kepercayaan karut). WA
b) Source: Anjung Hijau
c) Source : Suka Hadis

Membaca ketiga-tiga sumber ni, dapat aku simpulkan bahawa seelok-eloknya cakaplah 'Aku berlindung dengan Allah daripada perkara buruk'  daripada 'simpang malaikat 44'. Peace.
P/S: Wan aku pernah pesan supaya baca doa ini untuk menghindarkan kita daripada sebarang perkara yang x elok. Dalam BM, makna dia: "Dengan nama ALLAH, setiap yang dilangit & dibumi tidak akan dapat memudaratkan. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" . Jadikanlah ini amalan sebelum kita buat sesuatu perkara ke atau sebelum keluar pergi mana2 ke etc. Aku pun pernah terbaca dari web darul syifak ,"bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut."

Tiada ulasan: