Selasa, 4 Oktober 2011

Petua Membersihkan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Credit: Google


Hari ini ak nak share petua untuk mencuci hati yg diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah sebab ak rase makin hari hati ak ni makin gelap & jauh dari Pencipta..Bukan nk kate ak baik sangat, tapi selagi pintu taubat masih terbuke utk ak, baik ak cepat2 mohon keampunan sblm ak meninggal, kan..Jadi alang2 ak cari untuk diri ak sendiri, better ak share gak ape yg ak dapat dgn korang sume. Bak kate org, sebarkanlah walau 1 ayat... ^^..So, lets begin:


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w (min 100 X sebelum tidur) - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.Paling bagus, korang ley wat tiap2 malam selepas Solat Isyak. Minta keampunan sblm korg tido..( Boleh rujuk di laman web ini utk doa die)

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Sebelum tidur pun, maafkan kesalahan orang yg pernah berbuat salah dengan kita. Insya-Allah, hati akan lebih tenang

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. Hebatnya minda kita!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. Insya-Allah

9) Ingat mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk - Turut dapat membersihkan wajah & sebabkan orang tenang memandang kita...

11) Bersedekah - Tidak semestinya berbentuk kebendaan. Senyum pun adalah satu sedekah. Insya-Allah kita akan dapat menceriakan hari org lain dengan senyum kerana ianya adalah satu penyakit yg berjangkit...^^

12) Belanja orang makan - Rajin2 belanja org sekeliling, niat sedekah & kerana Allah

13) Jaga Makanan - Sentiasa makan makanan yg halal, jika was2, tinggalkan shj

14) Berkawan dengan Ulama - Bak kata pepatah, berkawan dgn tukang pembuat minyak wangi, kita akn turut terkena tempiasnya

15) Berkawan dengan orang miskin - untuk menginsafi diri bhw ada lg manusia yg susah drpd kita

16) Pesan pada orang, jadi baik - Setiap org mukmin itu bersaudara. Kita tegur salah silap kwn krn kita sayang dia

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb) - ucapkan benda yg baik2, lihat & buat perkara yg baik2 kerana kita akn dipertanggungjwbkan dgn apa yg kita lakukan di akhirat kelak...

Last but not least, Sharing is Caring. Selamat Beramal & Moga Kita Semua Sentiasa Berada Dlm Lindungan-Nya. Amin...

Tiada ulasan: