Khamis, 2 Februari 2012

ALLAH Know Best!

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini untuk menempuhi segala perkara yang telah Engkau aturkan. Engkau tahu apa yang terbaik untukku, maka tabahkanlah hatiku ini, bimbinglah aku dan janganlah Engkau beri aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Alhamdullilah, time2 frust, rasa xkuat, masih ada sekelumit kepercayaan kepada Allah. Entah mengapa, ketika rasa ingin menangis, air mata ini bagai tersekat dan hati mula berkata, Allah tidak akan duga aku sebegini jika Dia tahu aku tidak mampu untuk menghadapinya..Tiba2 hati terasa yakin dengan apa yang Allah tetapkan. Tentu ada hikmahnya. Ya Allah, aku sangat bersyukur & berterima kasih kepadamu atas segala-galanya. Dan aku berdoa kepadamu Ya Allah, Janganlah Kau Bolak-Balikkan Hatiku Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepadaku.Amin...

P/s: Teringat kate2 pljr PhD dr overseas, sprvsr die 2-2 cbuk  & shes on her own..siapa yang boleh tlg die,hanya  ALLAH ALLAH ALLAH... Insya-Allah, kt ingt ALLAH, ALLAH akn ingat kita ^^

Rabu, 28 Disember 2011

Beza Nazar & Niat

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni nak berkongsi apa yang aku dapat mengenai nazar.. Kadang2 agak konpius gak, kite nie sebenarnye bernazar @ berniat or nazar = niat??? Jadi aku mengambil keputusan untuk men'google' time2 de mase nie kan.. Menurut sahabatmusleem, nazar & niat nie 2 bende yg berbeza.. dibawah, kate2 beliau....

Apakah perbezaan diantara nazar dan niat?
Maka jawabnya cukuplah ana jelaskan sedikit mengenai nazar dan niat ini sekadar untuk pengetahuan bersama. Nazar ialah mesti lafaz secara lisan yakni di mulut dan niat pula
tempatnya ialah di dalam hati.
Contoh niat umpamanya Ahmad berniat untuk mendermakan sebanyak RM50 ke dalam tabung masjid. Sekiranya Ahmad tidak tunaikan apa yang diniatkan itu maka Ahmad tidaklah berdosa dan tidak pula wajib Ahmad tunaikan apa yang dia niatkan itu, sekadar sunat ditunaikan.

Jika seseorang itu berniat ingin melakukan sesuatu ibadat atau kebaikan kerana Allah tetapi tidak dilaksanakan apa yang diniatkan itu kerana sesuatu masalah atau sebagainya maka insyaAllah dia dapat 1 pahala untuk niat baiknya itu, sekiranya dia melaksanakan niat baik itu maka ditambah pula pahalanya.

Tetapi apabila dia berlafaz di mulut umpamanya dia berkata ”kalau aku dapat kerja kat petronas maka aku berNAZAR untuk masukkan dalam tabung masjid RM100” atau ”jika aku dapat kerja kat petronas maka MENJADI WAJIB KE ATASKU untuk bagi makan 3 orang miskin” maka apabila dia melafazkan sepertimana di atas atau seumpama dengannya maka menjadi wajib dia tunaikan. 2 lafaz di atas ini adalah diantara contoh lafaz nazar.

Wallahu’alam.
*ditulis oleh Al Azhar Addin**Mohon disebarkan, insyaAllah moga ilmu yang sedikit ini beroleh manafaat untuk semua.***setiap apa yang ana sebarkan berdasarkan mazhab syafi’e

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Tapi, kadang2 bile kite terlupe, eh aku nazar atau niat hari tue ea?? Persoalan ini telah di jawab oleh almalakawi. Beliau turut menulis secara detail tentang rukun2 nazar, syarat bernazar, syarat ucapan yang diguna untuk bernazar, syarat perkara yg dinazarkan & bahagian nazar... Merujuk kepada persoalan awal2 perenggan ini, ada salah seorng pembaca ada bertanya kpd almalakawi & di jawab oleh beliau spt di bawah:

Soalan
Assalamualaikum Ustaz,
Bagaimana nazar kita sekiranya kita tidak ingat ketika kita berniat nazar itu kita niat di dalam hati atau melafazkannya?