Rabu, 1 Mei 2013

Doa Abu Darda' (Doa Pelindung Diri & Harta Daripada Malapetaka)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, semua. Hari ni nak kongsi doa yg aku fikir sgt2 berguna terutama sekali dengan keadaan dunia sekarang ni . In sha Allah, dengan mengamalkan doa ini dapat menyelamatkan diri & harta korang daripada pelbagai malapetaka & bencana. Sentiasalah amalkan Doa Abu Darda’ ni selepas Subuh, Asar & juga sebelum korang keluar rumah untuk berjalan2. 

Di dalam satu riwayat dikatakan bahawa seorang telah datang kepada Abu Darda dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Abu Darda r.a. menjawab "Tidak, rumah saya tidak terbakar," Kemudian seorang lagi datang dan juga memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Beliau menjawab seperti yang pertama. Kemudian datang lagi orang ketiga dan memberitahu Abu Darda perkara yang sama dan beliau memberi jawapan seperti yang pertama. Pada kali keempat, seorang datang dan berkata "Wahai Abu Darda! Api telah naik tinggi dan membakar banyak rumah tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api itu telah padam,"

Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W. telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan diselamatkan dari semua bala dan musibah hingga petang. Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas setiap Subuh. Oleh itu, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar," 


Maksud: 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa sahaja yang tidak dikehendakiNya, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan diriku dan kejahatan segala makhluk yang melata, yang segala roh mereka dalam genggamanMu. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus (adil). 

Tambahan: (Diambil daripada blog Jiwa Jihad)

Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Mengikut apa yang Ustaz Norazaam bagi tahu kaifiat membaca doa ini ada setiap kali iaitu selesainya solat subuh dan solat maghrib. Apabila dibacakan selepas solat subuh insyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba maghrib dan apabila dibaca selepas solat maghrib insyaAllah diselamatkan sehingga waktu subuh keesokan harinya.

Ingatlah, doa itu senjata orang mukmin. Selamat Beramal ! ^^

Tiada ulasan: