Khamis, 29 Ogos 2013

Peraduan Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestle!

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam. Pejam celik pejam celik, dah lame aku xupdate blog ni rupenye..Jadi, dikesempatan yang ade ni, aku just nk share contast nestle yang aku terbace & terjumpe sedang2 aku mensurf internet ni.... So, check it out! Mane tau kot2 ade rezeki korang menang ^^


Tempoh peraduan: 
01/09/2013- 30/09/2013

Hadiah:
Hadiah Utama x 20 : Wang tunai sehingga RM100,000
Hadiah Kedua x 5 : RM6,000
Hadiah Ketiga x 5 : RM3,000
Hadiah Harian x 600 : Pakej harian bernilai RM1,000

Website:


Jumaat, 7 Jun 2013

Doa Nabi Musa

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24).



(Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir) 

Maksud: Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya. Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.

Diambil dari laman web Dr. MAZA = Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.

Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu.  Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal & yakin bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya & tidak akan pernah mengecewakan kita. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita semua~