بسم الله الرحمن الرحيم
1) SELALU BANGUN SEBELUM
SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat
sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,
kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta
memperkuatkan akal fikiran.
2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci
rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim). Kebersihan itu sunnah nabi ;)
3) TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan
sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada
Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah
sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan
peredaran darah berjalan lancar. Selain kita exercise keluar peluh, ini juga dapat menjaga kesihatan kita. Jadi, start sekarang, cubalah kita exercise naik tangga atau petang2 round tasik 3x pusingan ke ;)
5) TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi
lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk,
maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil
wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati. -Ingat.Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya (still, pada tempat yang sepatutnya)...
6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa
selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada
Allah s.w.t.. Ingat! You are what you think. Be positif, stay positif!
7) TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi
daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat
mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” and Of course, iri hati pada bende yg baik xpe (cth: kt jeles tgk org yg dermakan hartanya menyebabkan kita pn nk ikut jd cam die gaks)
8) PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan
jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa
kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah
seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. ~ What others do, just don't let it bother u. U deserves to be happy! ^^