Isnin, 25 November 2013

Catatan akhir Ahmad Ammar & Syair Imam Syafie~

بسم الله الرحمن الرحيم 

Dan tiadalah duduk setempat bg orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat,
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan mendapat pengganti orang yang kamu tinggalkan,
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan,
Aku melihat air yang tenang bertakung,
Mencemar kandungannya sendiri,
Sekiranya ia mengalir, ia akan baik,
Sekiranya ia tidak mengalir, ia tercemar.

Terbaca syair ini ketika melihat video saudara Ahmad Ammar . Sangat terkesan & menyentuh hati. Benar, mati itu datang tanpa mengira usia. Semoga ALLAH merahmatinya dan moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta syurga untuknya. Amin.




Selasa, 12 November 2013

Puasa Asyura (10 Muharram)

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sumber: Facebook
Jom puase!!! ^^

Selasa, 22 Oktober 2013

ALLAH will never leave you~

بسم الله الرحمن الرحيم

Source: Facebook 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Menang EMAS dengan Peraduan MILO! Fuel for Champions

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam. Nak menang emas? Silalah join contest ni ye. Mane tau ade rezeki terpijak disini. ;) All d' best & Gud Luck!


Contest Period: 1/10/13 - 25/11/2013
Prize:
1 x 1st Prize: 1kg Gold
1 x 2nd Prize: 500g Gold
1 x 3rd Prize: 100g Gold
7 x Consolation Prize: 50g Gold
20 x Weekly Prize (Total 8 weeks ): Gold jewellery gift voucher worth RM1,000 each

Menang RM20,000 dengan Nissan: Kisahku ALMERA Contest!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam. Just nak share pasal contest yang aku jumpe tadi. Contest ni bermula 1 Oktober 2013 ye. Jadi, cepat2 join. Free of charge je, yg penting korang kene ade akaun FB untuk sertai peraduan ni,k.. Info seperti di bawah:


Begins on: 1st October 2013
Prize:
1 x Grand Prize: RM 20,000 cash
1 x 1st runner up: RM 5,000 cash
1 x 2nd runner up: RM 3,000 cash
1 x 3rd runner up: RM 1,500 cash
7 x Consolation prizes: RM 500 cash


ALL D' BEST! ^^

Pengalaman Temuduga PTD M41~

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam. Aku baru selesai interview ptd minggu lepas di wisma negeri di seremban. Lebih kurang dlm 14 org je yang diinterview td. Walaupun surat interview tulis temuduga bermula pukul 10pg, tp bile aku sampai dalam pukul 9.30pg td, temuduga dah bermula pun & calon yang tengah diinterview merupakan giliran ke 3. Wah.. Mmg dieorg xnk bazir mase kot. Lagi satu, memang kt kene alert giliran ke berape calon yang tengah diinterview sebab kita tak akan diberitahu. Pandai2 korang kene tanye orang2 sekeliling. Mereka akan bunyikan loceng utk menandakan yg korg blh masuk untuk ditemuduga..Aku dapat giliran ke 10 & ditemuduga dalam pukul 12 lebih... Fuhhh..

Apa yang aku boleh cakap, just enjoy je the interview. =). Mmg start aku masuk bilik interview & sampai keluar, aku senyum je. hehe.. Aku tanamkan untuk dpt pengalaman as dis is my 1st interview & just go wif d flow. Ade rezeki xkemane. ;) Soalan pertama sekali, perkenalkan diri dlm english. Disini aku lari dari kebiasaan, aku cite name, asal, background family & hobby sbb aku fikir yang lain tu penemuduga blh bace je dlm resume aku bg tue kan.hehe.. Tp pas aku sudah introduce, pegawai SPA suh nyatakan aku grad dr u mane. Then, die tanye hobi aku. Xde ke hobi luar coz apa yg aku citekan adalah lbh bersifat indoor hobby mcm reading. Oppss, cni aku terpangkah jap.hehe.. Aku jz jwb aku suke main badminton sikit2 & hiking je.haha.. Fikir2 balik, soalan ni tricky sbnrnye sbb dari sini da tau ko org jenis macam mane. Ok, kat cni aku da blajar satu bende dr interview ni..^^ Then, antara soalan2 lain ditanya seperti:-

  • Kenapa nk jadi PTD?
  • Kenapa tak jadi pensyarah je coz aku sambung master
  • Apa sifat yg perlu ada pada seorang penjawat awam? 
  • Pernah dgr pasal UTC? Apa maksud die? Ada kat KL x & dimana?
  • Terangkan maksud integriti, tepat & cekap (kalo xsilap aku)
  • Ceritakan pengalaman kerja ( aku agak ni sebab aku xde pengalaman kerja sangat)
  • Ceritakan scr spesifik dasar awam yg dilakukan oleh gov....... (aku da xingat sgt tp aku cite pasal 5s je coz aku xsure sgt dasar yg lain.hehe)
  • Kenapa PTD perlu ada sifat kepimpinan?

Honestly aku kata, aku mmg jawab sume soalan sejujurnye. Mcm soalan nape nk jadi PTD? Aku just honetly ckp aku xtau keje ni pada mulanya tapi aku start tau bile da grad dulu.hehe.Pastu panel SPA pun kate, owh, jd bukan dari kecik lg nk jd ptd ni. Yelah, kecik2 kalo nk cop pengesahan ke ape ke ade yg kt jumpe pegawai daerah. Jadi, xke terfikir nk jadi mcm pegawai daerah tu, cop & sign doc etc.. Yelah, kecik2 kan sume cite2 nk jadi doktor, lawyer etc.. Aku senyum je coz ape yg die ckp tue menusuk tepat kat hati.hehe.. Biasalah kecik2, org tanye, da besar nk jadi ape, aku cakap nk jd cikgu, doktor, farmasi etc. coz itu je pekerjaan yg aku tau dulu2..haha.. Then, mane soalan yang aku xtau, aku just minta maaf & aku kata 'saya kurang pasti, tuan'. Nasib baik panel aku ni baik & friendly, ada soalan yg ditanye tapi aku xdpt jwb, last2 die bgtau aku jawapan die.hehe.. Panel SPA aku mmg baik je. Senyum je dgr aku jawab soalan. Mgkn nampak sgt kejujuran plus ketdkmatangan aku jawab kot.hehe..Panel JPA pulak agak serius tapi alhamdulillah dia ok je. Die lebih nk tau kepada benda yang work related je. Masa aku ditemuduga jugak agak pendek berbanding yg lain, mgkn sbb aku xde penglmn kerja sgt, jd die xdpt nk tnye banyak bende. Ade calon sblum aku die tnye pasal tugasan kerja sekarang, mgkn nk tau mcm mane dieorg handle masalah& apa kaitan dgn PTD kot (my assumption je).. Aperpun, alhamdulillah sesi temuduga aku berjalan dgn lancarnye. Happy sebab dpt penglmn temuduga dah.haha.. Last but not least, gud luck kepada yang nk ditemuduga pada fasa2 seterusnya. Just do your best! Kalo mmg da tertulis rezeki korang jd PTD, korang akan dpt jugak jadi PTD k! ^^

P/S: Aku dapat makluman yg interview ni ada 6 fasa je sume (Aku fasa ke 4). Dalam setiap fasa,kira2 600 calon akan dipanggil utk temuduga & calon2 yg die perlukan hanya sekitar 100 orang je. Jd persaingan mmg sengit. Just doa byk2 agar rezeki milik korang & percaya yg Allah tahu apa yg paling baik untuk korang,k.^^

Ahad, 22 September 2013

Panggilan Temuduga PTD M41~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam.. Minggu lepas merupakan kejutan untuk aku. Sangat2 tak sangka kene panggil temuduga untuk PTD dalam bulan ni... Aperpun, marilah kita meredah interview ni ngan jayanya ^^. Banyak versi interview PTD aku baca di blog2 orang. Lain orang, lain pengalamannye kan. Just doakan aku supaya dapat bercakap dengan jayanya didepan penemuduga. Doa2 semuanya berjalan lancar. Rilex & fikir bila lagi nak rasa pengalaman kene interview PTD ni kan =)..Chaiyok2x... In sha Allah, pas sudah interview mggu dpan, aku akan update lagi cite tentang ni. K tata ~

Aku Menang Hadiah Harian Nestle Bonanza!!!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah..Memang sangat2 tak sangka aku dapat menang hadiah harian Nestle Bonanza!!! Syukur sangat2 kat rezeki Allah bagi ni =). Dipendekkan cite, hari tu tetibe dapat SMS dari Nestle yang cakap aku berjaya menang hadiah harian Nestle Bonanza. Aku bace berulang kali jugak lah mesej tu. Cam caye tak caye je dapat menang.hehe.. Aku pilih pakej C, pakej pendidikan @ baucer buku pilihan. Pasni bolehlah aku borong buku banyak2 untuk dibace. Gembire2x ~ ^^

P/s: Tengah nak hantar lagi borang peraduan sebelum tarikh tutup hujung bulan ni. Ade rezeki dapat lagi baucer nak beli buku.Hehe~

Khamis, 29 Ogos 2013

Peraduan Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestle!

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam. Pejam celik pejam celik, dah lame aku xupdate blog ni rupenye..Jadi, dikesempatan yang ade ni, aku just nk share contast nestle yang aku terbace & terjumpe sedang2 aku mensurf internet ni.... So, check it out! Mane tau kot2 ade rezeki korang menang ^^


Tempoh peraduan
01/09/2013- 30/09/2013

Hadiah:
Hadiah Utama x 20 : Wang tunai sehingga RM100,000
Hadiah Kedua x 5 : RM6,000
Hadiah Ketiga x 5 : RM3,000
Hadiah Harian x 600 : Pakej harian bernilai RM1,000

Website:


Jumaat, 7 Jun 2013

Doa Nabi Musa

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24).



(Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir) 

Maksud: Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya. Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.

Diambil dari laman web Dr. MAZA = Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.

Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu.  Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal & yakin bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya & tidak akan pernah mengecewakan kita. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita semua~

Khamis, 16 Mei 2013

Belajarlah Erti Tawakal Dari Seekor Burung...

 بسم الله الرحمن الرحيم  

"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR. At-Tirmidzi).

Ada beberapa sifat dan sikap yang dilakukan oleh burung dalam mencari makanannya, iaitu:

1. Burung selalu bangun pagi
Tidak ada burung yang bangunnya waktu pagi, kecuali burung sakit, atau burung malam (burung hantu). Namun jika dilihat secara umum, burung selalu bangun pagi. Ia bangun dengan penuh optimis, riang dan gembira tanpa ada rasa khuatir sedikitpun akan makan apa hari ini, tidak pernah khuatir akan rezeki yang pasti sudah disiapkan oleh Allah. Bahkan di celah persediaan, dia sambil sibuk bernyanyi dan membangunkan manusia, seolah-olah menunjukkan kepada kita akan rezeki Allah yang selalu siap kita jemput. Seolah ia menunjukkan kepada kita bagaimana ia bertasbih kepada Allah, melalui kicauannya. 
Namun begitu, kita diberi infrastruktur jauh lebih istimewa daripada burung, mari kita gunakan masa kita untuk bangun pagi, bersyukur, bertasbih dan bermunajat kepada Allah, seperti yang dilakukan oleh burung.

2. Burung berusaha berdiri, persiapan sblm terbang
Dalam usaha mencari rezeki, kita juga harus melakukan "pemanasan", persiapan fizikal mahupun mental, mahupun fikiran untuk kesempurnaan ikhtiar kita.

3. Burung terbang dan mengepakkan sayap melawan graviti bumi.
Dalam usaha mencari rezeki, jarang sekali tiada halangan ataupun kesulitan yang kita hadapi, seperti burung semasa terbang berusaha sekuat tenaga untuk melawan graviti bumi, agar tidak terjatuh. Seperti kita, dalam setiap usaha ada saja penolakan, keletihan, kesulitan, kebuntuan berfikir yang kadang kita temui, namun yakinlah, bahawa semua itu akan membuat kita menjadi lebih tough, lebih tempoh, lebih ahli di kemudian hari, seperti otot-otot sayap burung, kerana setiap hari melawan daya graviti bumi, burung akan menjadi lebih kuat dan kuat lagi, hingga jika dalam cuaca ekstrim sekalipun, burung telah terbiasa. Jika kita telah terbiasa dengan "hujan badai" sukarnya semasa mencari rezeki, maka ketika keadaan cuaca yang baik, semua keadaan biasa, kita akan dengan mudah menakluk cabaran kehidupan tersebut.

4. Semasa terbang selalu yakin dan tidak pernah rasa ragu
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya." (Surah At-Tholaq: ​​3)
Setelah kita berdoa, dan bertawakal kepada Allah, maka jangan meragui  hasilnya, kerana yakinlah, Allah telah menyediakan rezeki untuk kita. Burung tidak pernah ragu semasa terbang, dia selalu yakin bahawa, di sana ada harapan, yang telah disediakan oleh Allah.

5. Terbang dgn naluri, ke tempat yang subur dan subur
Dalam usaha mencari rezeki, diperlukan "ilmu" yang relevan, guna untuk berikhtiar. Jikalau burung hanya dibekalkan naluri oleh Allah, untuk mencari tempat-tempat yang subur dan subur makanan, maka kita diberi deria dan akal fikiran yang luar biasa oleh Allah, yang boleh kita gunakan untuk menganalisis di mana tempat-tempat yang subur dan rimbun akan rezeki Allah

6. Setelah makan, dia bawa pulang sebahagian rezekinya
Ketika mencari rezeki, jangan pernah lupakan beban amanah keluarga, anak isteri yang selalu menanti hasil ikhtiar yang kita lakukan

7. Jika mengambil makanan, burung tidak pernah merosakkan
Ketika mengambil makanan, burung selalu dengan cara yang indah dan lembut, tidak pernah melakukan kerosakan dalam proses pencarian makanan, bahkan ada beberapa jenis burung yang membantu proses persenyawaan beberapa tanaman.
Malu rasanya, jika kita dalam proses mencari rezeki kita, harus merugikan orang lain, harus merosakkan hak-hak orang, harus menyakiti dan mengecewakan orang lain.

"Barang siapa yg merasa letih di petang hari kerana mencari rezeki dgn tangannya, maka akan diampuni dosa dosanya." (HR Tabroni) - terjemahan dari republika.co.id

Sumber: Detik Islam

Rabu, 1 Mei 2013

Doa Abu Darda' (Doa Pelindung Diri & Harta Daripada Malapetaka)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, semua. Hari ni nak kongsi doa yg aku fikir sgt2 berguna terutama sekali dengan keadaan dunia sekarang ni . In sha Allah, dengan mengamalkan doa ini dapat menyelamatkan diri & harta korang daripada pelbagai malapetaka & bencana. Sentiasalah amalkan Doa Abu Darda’ ni selepas Subuh, Asar & juga sebelum korang keluar rumah untuk berjalan2. 

Di dalam satu riwayat dikatakan bahawa seorang telah datang kepada Abu Darda dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Abu Darda r.a. menjawab "Tidak, rumah saya tidak terbakar," Kemudian seorang lagi datang dan juga memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Beliau menjawab seperti yang pertama. Kemudian datang lagi orang ketiga dan memberitahu Abu Darda perkara yang sama dan beliau memberi jawapan seperti yang pertama. Pada kali keempat, seorang datang dan berkata "Wahai Abu Darda! Api telah naik tinggi dan membakar banyak rumah tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api itu telah padam,"

Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W. telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan diselamatkan dari semua bala dan musibah hingga petang. Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas setiap Subuh. Oleh itu, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar," 


Maksud: 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa sahaja yang tidak dikehendakiNya, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan diriku dan kejahatan segala makhluk yang melata, yang segala roh mereka dalam genggamanMu. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus (adil). 

Tambahan: (Diambil daripada blog Jiwa Jihad)

Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Mengikut apa yang Ustaz Norazaam bagi tahu kaifiat membaca doa ini ada setiap kali iaitu selesainya solat subuh dan solat maghrib. Apabila dibacakan selepas solat subuh insyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba maghrib dan apabila dibaca selepas solat maghrib insyaAllah diselamatkan sehingga waktu subuh keesokan harinya.

Ingatlah, doa itu senjata orang mukmin. Selamat Beramal ! ^^

Isnin, 29 April 2013

Pos Laju Dah Sampai!!!



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Pos laju barang yg dibeli dari MPH online da sampai. (Mode: super excited! ^^) 

En. Posmen called aku tadi untuk tau aku ada kat mane. Pastu die cakap dlm 10min lagi die sampai & die suh sediakan dokumen2 yg diperlukan (IC, BB1M & duit, kalo beli brg lbh dr nilai baucer). Dengan excitednye, cepat2 aku siap & bawak dokumen2 yg diperlukan & tggu die kat dpn tempat kediaman aku. Lepas da tulis nama, IC & t/tgn kat kertas yg verify kt da trime barang, die suh tls lg nama, IC & t/tgn kt delivery order (DO) return yg die akan bg kt ibu pejabat poslaju pulak. Then, baru amik barang. Dgn senyuman lebar aku ucapkan terima kasih kat die & sambil tersenyum gembire kat orang2 sekeliling otw ke bilik. Hehe.. Xsabar nak bukak bungkusan ni da… Sampai bilik, terus nak bukak bungkusan pastu terpandang tulisan ‘Tolong call’ kat bungkusan tu. Bagus. Memang dipuji cik customer care hari tu (yg aku mention dalam post aku sebelum ni). Die ingtkan kat org poslaju ni suh called aku before hantar barang. 



Tq cik customer care & pos laju! ^^


Ni pulak barang yang aku beli. Hehe cam da nak nikah je aku ni. Daripada beli buku yang tah pe2 tu, better aku beli & simpan buku ni. Mane tau kot2 ujung tahun ni aku nk nikah, boleh jadikan hantaran ye. Haha. Tp buku yg sebelah kiri tu aku da jual kat kawan aku coz die nak wat hantaran tunang die xlame lagi.







Dan akhir skali, tadaaaaa!!!!!





Ni dapat free gift dari MPH. Terima kasih MPH!!! Yg sebelah kiri tu buku nota kosong. Yang sebelah kanan ni free DIY Notebook sebab beli barang lebih dari RM120 ( promosi ni sampai 31 May & sementara ada stok ye!) Alhamdulillah, rezeki dr Allah! ^^ 


P/s: BB1M ada RM100 lagi. Nak gune kat MPH online lagi or beli buku kt PWTC or tmpt2 lain? Herrrmmm~ Oh ye, BB1m diterime kat MPH online smpai 19 may ni je. Jadi kalo nak beli, cepat2lah ye place order & amount mesti RM100 & ke atas ^^

Ahad, 28 April 2013

Wajib ke tukar IC baru bila umur dah genap 18 tahun?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Jawapannya: Wajib!(xberdosa kalo xtukar tp kene byr denda la ye kawan2) Aku pun baru tau bende ni selepas kene bayar sebanyak RM 40 bila nak ganti IC baru. Aku dengan niat ikhlas nak tukar IC baru sambil teman mak aku ambil IC die kat JPN, tup tup kene bayar RM40 utk tukar ic. Apekah???
Dari elok2 aku just nak bayar RM10 untuk tukar IC tetibe je jadi RM40. Errkk… Nasib baik mak aku ade skali coz aku bwk duit dlm RM20. Patutlah aku hairan bila en. kat kaunter tue tanya, “ni tak pernah tukar ic lagi ye?”. Aku pun blur2 je jawab ‘tak’ sambil dalam hati tertanye2, apa salahnya tak tukar lg? Ini menunjukkan aku dapat jg ic aku dgn bagus ye setelah sekian lama aku buat. Betul pe. Buat ape nak tukar baru kalo elok lagi. Ni pun aku niat baik nak tukar coz tengok ic baru ade touch & go & lesen skali. Pastu en. kat kaunter tu cakap,’ ni kalau nak tukar kene bayar RM40’. Aku pun tercengang sekejap. ‘ Kenape?’
Lalu en. kat kaunter tu pun jelaskanlah yg seumur hidup kita, wajib 2x buat ic baru. Satu, masa kita da umur 12 tahun. Satu lagi bila umur da genap 18 thn sehingga sblm mencecah 25, kire bahasa mudah, antara umur 18-24 tahun. Why? sebab time tu dikatakan yang muke kite sume akan berubah. Yelah, elok2 time 12 tahun muke chubby2, bila da umur 18 tahun, da kurus da, da makin lawa & hensem sampai orang tgk ic pun xcaye itu muke kite time dulu ye. 
Ok, penjelasan die cukup masuk akal tapi mmg aku kurang puas hati sebab kenapa bende ni tak di war-warkan. Atau, adakah di war-warkan dekat orang ramai tapi aku je yang xtau? Kenapa sepanjang hidup aku, aku tak pernah nampak & terbace yang kite kene tukar ic bila umur da 18 tahun. Kenapa tak bagi tau time buat ic umur 12tahun, kite kene buat lagi time umur da mencecah 18 tahun. Why??? Senang2 je melayang duit aku, opps duit mak aku.hehe.. Aisyeh, dalam ketidakpuasan, aku try google untuk cari mana peraturan yg cakap macam tue & aku pun come across this info…..



Gantian Kad Pengenalan 18 Tahun 


SYARAT PERMOHONAN 

· Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun tetapi belum mencapai umur 25 tahun. 

· Pemohon mesti hadir. 

PROSEDUR PERMOHONAN 
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan): 
· Kad Pengenalan 

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK 
1. Warganegara = RM 10.00 
Jika lewat memohon (telah melebihi umur 25 tahun), rujuk Jadual Pembayaran 2A 

Makluman: Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang berumur 18 tahun hendaklah mendaftar semula Kad Pengenalannya sebelum mencapai umur 25 tahun. 

Jadi, kenapa sesape yang sesaje nak tukar ic baru lepas tgk ic baru ni lagi lawa & canggih tapi blm genap 18 tahun, simpanlah dulu hasrat tuh sebab bila da genap umur 18 tahun, korang kene ganti lagi walaupun korang buat ic sehari sebelum besday sweet-18 korang tuh. Nanti tak pasal2 duit melayang lagi. Tapi kalo korang rajin nak tukar2 selalu ic, no probs je. Ye lah, mane tau ic yg korang buat baru before 18tahun tu xcantik gambar die & korang nak tukar lagi, no probs je, lagi dialu-alukan asalkan korang bayar je lah.. Da~ 

P/s: Silalah inform bende ni kepada orang2 lain juga. Sharing is caring! ~




Jumaat, 26 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 @ PWTC!


بسم الله الرحمن الرحيم    

To book lovers, mai pakat2 datang ke Pesta Buku Antarabangsa KL start 26 April 2013 (hari ni) hingga 5 Mei 2013 (hari mengundi pulak). Pesta ini dikatakan terbesar di Msia & Asia Tenggara, jd pakat2 datang & cari buku yg korang suke kat cni wokey. And yes, boleh gune jugak baucer buku (BB1M). Pada sesape yg xhabis gune lg baucer tu, meh habiskan borong buku di sini ye.he..

Err..Yg 9 petang tu sbnrnye 9 mlm ye.. Jd, rajin2kan diri datang sini ye 
P/s: Ni link ke akaun FB dieorang. Incase korang curious or ade ape2 nk ditanye ok. 

MPH Online, BB1M & Pos Laju punye cite...

بسم الله الرحمن الرحيم                                                  


Hi. Just nk kongsi pengalaman aku membeli buku di MphOnline gune BB1M nih. Alkisahnye, mggu lepas aku dengan penuh excited isi borang pesanan di MPHOnline coz boleh gune BB1M (dgn syarat beli atas RM100) plus buku yg aku nak ada diskaun lagi plus free delivery. Jadi sepanjang minggu aku pun duk excited menunggu bila aku punye barang akan sampai. Dipendekkan cite, semalam aku menunggu bilelah pos laju dtg coz status barang aku kt lmn web die tls brg aku tgh attempting delivery. Tunggu punye tunggu, xsampai2 pon pos laju aku nih. Aku punye la fikir bile die nak tepon untuk cakap barang aku ade sampai. Last2 dalam pukul 8 mlm br die update tls dlm pukul 5 lbh ckit die datang but unable to deliver cz penerima xde time tu. Huh. Hangin gak aku bile bace. Coz dlm terma & syarat Mph On9 mmg die ada kate Pos laju akan contact customer utk arrange time of delivery. Aku geram gak coz koman2 die tak contact utk arrange time of delivery, apa salahnye call aku time die da datang tue dlm seminit dua utk tanya ada tak aku time tu barulah bagi sorry note.

Pagi tadi, aku try check poslaju aku kat pejabat kediaman coz aku da agak tentu ada sorry note ni. Mmg betul ade. Die suh collect barang kat Pusat Poslaju KL. Sabar2x. Aish… Pastu kwn aku cdg called customer care die utk request 2nd delivery & kt sorry note tue pun ade tls cara2 nk request 2nd delivery (utk poslaju shj). Jadi, aku pun try call Customer care die (1-300-300-300) utk request balik 2nd delivery. Nasib baik boleh je & cik tue ckp hari isnin die akan hantar balik. Aku pun da lega sikit die ckp camtu. Time tu aku pun adu lah jugak kat cik customer care tu yg aku tunggu punya tunggu poslaju utk call aku cakap brg da sampai tapi xde. Pastu cik tu ckp mmg poslaju tak akan call penerima. Aku pun ckp lagi yg mphonline punya term & syarat cakap poslaju mmg akan call customer. Lepas tue br cik ni ckp camtu die akan take note mtk posmen tu call aku time nk hntr barang tu. Lega... Jadi, kt tgk je lah camne hr isnin ni cmne. Doa2 dimudahkan kerje.. Da~

P/s: Jadi, kesimpulan disini adalah.......herm.... Bersangka baiklah dgn sume orang. Apa kes?haha

Rabu, 6 Februari 2013

Baucer Buku 1 Malaysia! Popular, MPH, Borders etc?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Berita baik dekat student u sume! Nampaknya selepas BB1M tlh mula diberi, banyak bookstore yg dah mula buat promosi utk kt spend baucer ni kat tempat mereka. Ade 3 bookstore yg aku jumpe buat promosi setakat ni iaitu:

1) Popular Bookstore

2) MPH Bookstore


3) Borders Bookstore


Walaupun bookstore2 ni ada beri diskaun etc, kadang2 aku terfikir gak, baik aku gune baucer ni kat bookstore u sendiri coz dr pengalaman, buku2 teks utk subjek kt kadang2 xdijual dekat bookstore ni. Plus bookstore u biasenye ade diskaun utk student lagi..Aperpun, masing2 ade pro & cons. Tepuk dada tanye iman.hehe.. Pilih2x~

Selasa, 22 Januari 2013

Peraduan Senang Menang @ Pos Malaysia!

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam. Just nak share about the contest form I got this morning when doing transaction at Pos Malaysia. Lepas beli Pos Ekspres & stamp, sesaje je tanye puan kat kaunter tue ada tak borang peraduan senang menang coz aku xternampak borang tue kat luar kaunter pun. Aku de terbaca info pasal contest ni kat lmn web Pos Malaysia dan laman web contest2 ni. Salah satu syarat die adalah setiap transaksi yang berjaya dilakukan akan layakkan kite dapat satu borang ni. So, kenalah rajin tanye coz kadang2 dieorang xcakap pun cmne nk ambil borang. Just ade tampal pasal peraduan ni kat kaunter pos msia. Siapa yang tanye, baru dieorang bagi form ni.. Hadiah die masyuk gak sbb tue aku masuk.hehe.. Setiap minggu akan ade 21 orang pemenang dimana sorang akan dpt RM3000 (hadiah utama) & 20 orang akan dpt RM500 (hadiah saguhati)Contest ni berlangsung dr 17/12/2012-24/2/2013 (10minggu) Tak cukup lagi? Tunggu... Selepas habis 10 minggu peraduan, akan ada Hadiah Utama Peraduan dimana akan dipilih daripada pemenang minggu 1-10. Grand prize die adalah Proton Preve 1.6AT executive dan 5 hadiah saguhati berupa Motor Modenas CT 110H..  So, juz ambil form, cari kata nama (mcm crossword), then sambungkan ayat yg diberi dgn kreatif & hantarlah borang smbil berdoa moga2 korang berjaya menang.hehe. dpt 500 ratus pun oklah jugak..Jadi, apa tggu lagi, jom kt masuk contest reramai ^^

Mari memerah otak buat slogan kreatif ^^

Ahad, 16 September 2012

Pengalaman PAC PTD Di IKWAS ^^



بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan PAC PTD aku di IKWAS Johor. Entry aku kali ni mungkin agak panjang sbb ak xsabar nak cite pengalaman aku ke sana.hehe..Plus in case I forgot, I can always read back this entry. Ok, lemme start this...

HARI JUMAAT (07/09/2012)
Aku bertolak ke Johor sehari sebelum PAC iaitu hari Jumaat yg lepas wif my parents and siblings sbb xmahu rush daftar PAC keesokan paginya. Alhamdulillah, dengan bantuan GPS kami berjaya sampai di tempat penginapan kami iaitu Nagaria Inn. Btw, aku dapat tau pasal Nagaria Inn ni selepas melakukan research ttg hotel yang terdekat dengan IKWAS. Wpn bnyk review kata hotel ni kureng ckit tp bg aku, okeylah jugak. Just xsyoknye bilik air kecik plus xde gayung or pili air utk membuang hajat tp ktorg gune pili shower je (nasib baik panjang pili shower die), lampu bilik yg malap and penting skali ialah xde tanda kiblat utk solat. Tnya org hotel, die pun xtau coz die org cina. Jd bg sape2 yg nk dtg hotel ni, silalah rajin bertanya org2 kedai sebelah ataupun juz pergi solat je kat Masjid Jamik Bandar Kluang. Dekat je & gunalah bantuan GPS yer & tulis nama die btl2 coz bile tgk dlm GPS, byk nama masjid mcm masjid jamik kluang.Kalo xsure, mintaklah bantuan org setempat. Ktorg pn tnya2 org sekeliling jugaklah coz xfamiliar dgn tmpt ni. Oh ya, sebenarnya nama hotel penginapan ktorng ni da bertukar kepada Extreme hotel. Di bangunan hotel tue, sbelah tepi masih ada tulisan Nagaria Inn tapi depan dia dah ditulis Extreme Hotel. Hotel ni terletak betul2 bersebelahan dgn Shell. Kitorang ikut GPS tp xtepat sangat kedudukan yg dia tunjuk. Nasib baik terperasan tulisan Nagaria Inn dah kat bangunan sblh Shell tu... 
Nagaria Inn @ Extreme Hotel. Kat papan tanda putih atas bangunan tu die tulis Nagaria Inn
Tulisan Extreme Hotel kat papan tanda hijau tu... 
Dlm blk hotel. Ni jenis Deluxe, rm86 kalo xclap tp ktorg amik tkr blk lg besar dlm rm112 

Ada tv & meja study 

Dpn Masjid Jamik Bandar Kluang 

Masjid Jamik ni jalan die one way je. Nasib baik ayah berborak dengan penduduk situ, jadi die bgtau jalan nk keluar balik dr masjid ni. Siap jadi pandu arah lagi coz nasib baik die nak pegi ke Shell sblh hotel tue. Thanks kpd org tu! Moga ALLAH balas jasa baik kamu!
Then, esoknye kami turun dalam pukul 7.30 pg. Makan2 kat restoren sblh hotel wpn hotel tue ada bg coupon makanan kat kitorg. Bukannya apa, ktorg was2 je kalo mkn situ tp rupa2nya bile berborak dgn rakan semasa PAC, makanan breakfast di extreme hotel tue dieorg beli dr kedai sebelah jugak. Oh..baru saya tau.. Dlm pukul 7.45pg br bertolak ke IKWAS... Ok, here it all start ~

HARI SABTU (08/09/2012)

8-9 pg: Pendaftaran peserta di Dewan Jemerlang. Puan tu bagi kunci bilik semasa kami tgh beratur. Then, ada 4 kaunter yg perlu dilalui. Kaunter 1- Cari nama, tls plat kete kalo ada, ambil pamplet panduan calon, map IKWAS & ambil no. badan (wajib pakai sepanjang masa). Lepas tu, pergi ke kaunter 2 untuk check tinggi & berat bdn & bg borng profil peserta I tp sblm tu duduk beratur dikerusi yg disediakn & ikut turutan no. badan. Lepas selesai, pergi ke kaunter 3 untuk check sijil & transkrip ijazah yg asli & original and lastly ambil gambar seramai 5 orang dlm kumpulan. Die ikut no badan. Contoh dari no 1-5.. Lepas sudah ambil gambar, die bg ktorg masa untuk letak brg kat bilik tp make sure dtg ke dewan balik sblm pukul 9 untuk dgr taklimat... TQ, mom & dad & my siblings coz hantar smpi ke sini. Love U All, Always ^^
Bilik aku.. Ada wi-fi, heater, iron, hanger. Semua lengkap. Terbaik!!! ^^ 

9.15-10.15 pg: Dengar taklimat tentang IKWAS. Bila ditubuhkan, kemudahan-kemudahan yg ada dan peraturan2 yg harus dipatuhi.. Lepas selesai, kami tggu diluar dewan sbb tggu nama ditampal di papan utk tau dalam kumpulan mana & bilik mana yg harus dituju untuk sesi pertama ni. Tapi lepas beberapa min, ak & kawan2 lain ambil keputusan untuk pergi ke tempat2 lain dimana nama kami akn ditampal (ada 3 tempat nama kita akn ditampal) . Lgpn sambil2 tue blh usha bangunan2 & tempat2 yg ada dlm map utk make sure x sesat nanti. Bak kate org menyelam smbil minum air. he.. Then, dlm beberapa minit sblm pukul 11pg, nama dah ditampal. Lepas salinan ak dlm kumpulan mana (1 kumpulan biasanya 10 org) & blk mana, terus cepat2 pergi ke bilik yg diberitahu. Jgn lambat, sume perlakuan kita akan dinilai lepas jejak je kaki kt IKWAS tuh...
11-11.45 pg: Modul 1(Aktiviti 1). Perbincangan kumpulan dlm BM. Mereka bagi 1 article & kita bncngkan dlm kumpulan. Analisa situasi itu pasal apa dulu. Kemudian lepas beberapa minit, fasi bg beberapa soalan berkaitan situasi itu. Dalam kes aku, lebih kurang situasi dimana seorang accountant & client tp masing2 brbz perangai. Accountant seorg yg jujur, amanh etc tp client die sebaliknya. Lepas selidik ltr blkg client, accountnt dpt tau client die gune duit syrkt die pas2 client die cube rasuah tp xjln pas2 die ugut accountnt tu. Pas2 kene jwb soalan berkaitan dgn article nie. Dlm sesi ni ak jz bercakap biase2 je. Sampuk sana sini gak lah
12-1 ptg: Modul 1 (Aktiviti 2). Group Discussion in BI. Same wif before. They gv us 1 situation & answer the Q's accordingly. In my case, we got article regarding the HR of a company. Their role, recruitmnt, selection etc. Then, aftr discuss a bit, we got 2 answer 3Q's regarding it workforce planning, what they do differently & what they look in employees in order 2 maintain their good customer service. Here, I also speak a little I guess..
1-2 ptg: Rehat. Balik ke asrama dgn rum8 (luckily we are in 1 group), makan, solat & rehat jap...
2-3.15ptg: Modul 2 (Aktiviti 1&2). Perbincangan kumpulan dalam BM. Rancang 1 projek berdasarkan article yg diberi. Seriously, dunno what 2 do as I didn't hv any experience in this thing. Br terasa apa kelebihan utk masuk persatuan & rancang projek sana-sini. Sini people yg ada experience mmg ada advantage as they know & see what need 2 be done. Dlm my kes, kene rancang projek memperkenalkan Melaka sbg bndr warisan dunia unesco selama 2 hari. Then, lepas rancang tetibe fasi bg kt 1 situasi happen. Dlm my kes, klient nk kt masukkn 12 sub-sector pelancongan spt yg diberi pas2 kt kenalah ubah rancangan kita ikut yg mereka nak & lastly present kt dpn panel. Dlm discussion ni mmg ak jd pendiam gak lah cz xtau nk bg idea apa sgt..
3.30-4.15ptg: Modul 3 (Aktiviti 1&2). Group Discussion in BI. Here, they gave us 12 name items (each 1 get 1 name and as I have 10 group members, 2 person get 2 item) and then give 1 situation. In my case, we got situation where we need 2 survive on moon. Bcoz of certain reason, our ship hv technical prob & land 200m away from the rendezvous point. In order 2 survive, we must go to mothership and we only have 12 items undamaged. Then, we need 2 explain why we need the items on our hand & then list out 6 items that we need for survive. Item given are 5L gallons water, dehydrated milk, stella map, magnetic compass, first aid kit including injection, solar-powered FM receiver, parachute silk, portable heating unit,self-inflating life raft, .45 caliber pistol, nylon rope & signal flash. At the end we must present & explain why we need the items and why we didn't need it. Lepas tu fasi bgtau bahawa kami akn diberi kumpulan yg baru, jadi lepas aktvt ni kene pergi tgk di tmpt yg tlh diberitahu. Kalo xsilap, disini fasi bg borang untuk force rank ahli kumpulan kita..
4.30-5ptg: Rehat. Balik asrama, makan, solat & siap2 pergi pdg
5-6.30ptg: Modul 4. Senamrobik dan lari 2.4km. Dalam senamrobik, kene reka sekurang2 3 gerak tari bg setiap lagu dgn kumpulan baru plus gabung dgn 1 kumpulan lain. Die bagi 3 lagu tp aku da xingat dah lagu pe. yg aku ingt ada lgu Senario cz kwn aku ckp itu lgu senario. Then, lastly kene combine sume gerak tari tue. Fuh.. Berpeluh jugaklah satu badan. Then, lepas habis, warming up bdn dgn instructor di dpn utk larian 2.4km. Sambil tu die ada tunjuk gak kertas2 yg bakal dibagi ikut minit kt tamat lari. Kalo bwh 10 min warna biru, 10.1-15min warna merah, 15.1 -18min kalo xsilap ak (xingat warne), 18.1-20min kalo xsilap ak (xingt gak) & ats 20 min (warne putih). And alhamdulillah, ak berjaya tamatkan larian dalam ms 10.1-15min. Itupun da tggl berapa saat je lagi sebelum kertas tukar warna..hehe..

Rasa bangga dgn diri jap time ni.hehe.. 

6.30-8mlm: Balik rehat, mandi, solat & turun makan. Sedap btl makanan time ni. Nasi tomato. Rasa sekali hendak lagi.hehe..
8.05-8.45mlm: Modul 5. Ujian Personaliti di Dewan Jemerlang. Ujian ni xde betul salah. Just nk make sure personaliti kita sesuai dgn jawatan dengan yg kita pohon je. Pastu di bahagian akhir ujian tua adalah dlm 5 soalan camtu mcm ujian IQ. Kesemua ujian ni ada 185 soalan & orang di situ brtau masa yang diberi adalah diantara 40-60min untuk jawab.. Apa lagi, baca tanda, baca tanda je.. Sebnrnya salah 1 reason dia bg masa skit adlh utk kurangkn peratusan kt nk menipu cz kt xkn de byk ms utk fikir (ak pernah terbc reason ni dulu). Lgpn aku perasan, ada soalan yg hampir sama tapi dieorg ulang depan belakang. Nasihat ak, jwblh sejujur mungkin. Bagi aku, semua ni adalah rezeki. Ada rezeki, ada. Kalo xde, mayb ini bkn yg terbaik untuk diri ak. As simple as that =)
9-10.30mlm: Modul 6 (Aktiviti 1). Di sini kumpulan aku bergabung dengan 1 kumpulan time senamrobik td. Lepas tu kene cabut satu tajuk utk public speaking dan diberi masa sebelum pukul 10.30mlm, siapkan ppt dan bagi kepada fasi. Public speaking ni kene buat dlm 7min. Ppt xboleh ada animation, hyperlink. Just one simple slide & kalo nk letak gmbr je blh. Di sini pentingnya kene bawak Laptop & Pendrive. Tp oleh sbb soket kat bilik ktorg berkumpul tu kurang, maka aku & kwn aku pergi cari bhn & buat ppt di makmal. Aku punye ppt aku lbh byk letak gmbr je & ayat satu dua je. Lepas selesai, sume ppt dikumpulkan olh fasi dlm 1 folder utk esok. Kita da xblh buat perubahan apa2 di ppt dah. Just blh tmbh apa2 info je utk public speaking esk..
11mlm-8pg: Balik2 je, bersihkan diri & buat pe patut. Then call parents aku di hotel. Tnye idea utk public speaking esk as ak xprepare sgt pon lg. Lepas sdh, elok2 je adik ak call. Lepas sudah urusan yg die nk, ak call die balik & tnye idea die utk aku cilok & present time public speaking.Hehe. Laju je tgn aku mencatat idea2 die. Lepas tue aku plan utk tido sekejap coz sakit kepala. Telan jugaklah panadol coz risau melarat & zzz.. Tup2 terjaga dlm pkl 2. Alamak, cpt2 aku bgn utk prepare public speaking esok. Cari bahan dlm intrnt & karang ayat utk speaking esok plus practice2, hafal2 & set time tuk tgk brape min aku ckp.. Dlm pukul 6, mandi2, buat pe yg patut & siap2 untuk g turun makan dgn rum8 ak.. Menu pg ni, nasi lemak & roti plus jem.. I like nasi lemak! ^^

HARI AHAD (09/09/2012)
8-9pg: Modul 7. Wawancara dalam kumpulan masing2. Fasi bagi 1 artikel & kt kene bincang & then jawab soalan yg diberi . Time ni ktorg dpt pasal subsidi kerajaan bagi utk kurangkn beban rakyat pendptn sederhana & rendah & perbelanjaan belia yg baru bekerja. Ktorg kene discuss lbh kurang ayat die mcm bgmana kerajaan dpt bantu golongaan sederhana & rendah dlm kurangkn kos sara hidup mereka & bgmna dgn perkenalkan NKRA dpt bantu kurgkn kos sara hidup rakyat. Dlm perbincangan ni ktorg byk bersetuju smpaikan panel tegur kump kt asyk setuju je. Kalo blh die nk tgk ada yg lain pendapat & bgtau apa penambahbaikan yg patut dibuat ke.. Start die ckp mcm tue, br ada ahli kumpulan aku yg start argue ckit. Aku? Mcm biasa, ckp bila perlu je. Celah sana sikit sini sikit dr xbercakap langsung.hehe.. Lastly, ktorg sorang2 kene bg kesimpulan berdasarkn perbincangan td..
9.15-12tgh: Modul 6 (Aktiviti 2, 3 &4). Public speaking. Time ni kitorg bergabung dgn kumpulan yg sama macam senamrobik semalam. Macam2 ragam org aku dpt nmpk time dieorg public speaking. Ada yg berdiri tegak je, ada yg sorok tgn dlm poket seluar, ada yg letak tgn kt belakang, ada yg bersemangat & gune gestur skali, ada yg xhafal, ada yg baca kertas etc.. Best tgk coz dr situ kt blh bljr & kdg2 terpk, mcm mana org pndng aku pulak @ ada x aku buat mcm tu jugak. Alhamdulillah time aku, aku plan utk bwk kertas coz risau lupa tp aku terpk, kalo aku bwk kertas, aku risau aku ter'depend' kpd kertas untuk buat public speaking. Jd aku ambil keputusan utk xbawak tp juz pgg sebtg pen je coz aku mmg suke pgg pen untuk kurangkn nervous aku. Dan alhamdulillah sume berjln lancar wpn ada yg ak tergagap gak coz nk ingt ayat2 yg da ditulis & aku sgt bersyukur coz bila aku nervous, aku tend utk kuatkan suara jd, kurang ckit ke'nervous'an aku.haha.. Aperpun, everyone try their best & I believe they deserve it if they passed this PAC =) Lepas aktiviti ini, ktorg masuk balik kumpulan masing2 & fasi bagi lagi borang untuk force rank kumpulan baru kt
12-1ptg: Kami semua berkumpul balik di Dewan Jemerlang untuk dengar taklimat panduan temuduga. Mereka bagi tips2 untuk temuduga incase kt akan passed PAC ni. Disini pasanglah telinga betul2 coz mana tau ada rezeki kita passed stage ni & dpt pergi ke stage seterusnya. Banyak tips yg diberi & akhir sekali, jawapan yg mereka suruh kita fikir ialah, MENGAPA ANDA MAHU JADI PTD? Fikir2kanlah~
Lepas habis taklimat, balik asrama, packing barang, drop kunci dlm box kuning (berdekatan dengan tangga yg nak naik asrama sblh kiri kalo dr dpn bgnn & sederet dwn makan) & BALIK RUMAH!!! Yay! Hehe... Aperpun, pengalaman di PAC adalah satu pengalamn manis bg aku. Bila lagi nk dpt pengalaman mcm ni kan. Alhamdulillah, sepanjang PAC ni aku enjoy all the activities & not nervous at all. First time in life kot ak xnervous time utk xm. Myb sebab awal2 dah set mind utk enjoy & dpt pengalaman je. Dpt @ x lain cerita coz aku percaya pd rezeki masing2 plus with effort also =) Then, myb juga sbb aku baca ayat munjiyat (ayat penyelamat dr segala kesulitan & kesusahan dgn izin Allah) & doa abu darda' (utk elakkn diri & harta dari bencana) pd pagi tu. Doa ni antara yg aku amalkn wpn kdg2 tertinggal jugak.. =) Last but not least, terima kasih kpd pihak IKWAS, SPA, JPA, fasi2, & kawan2 seperjuangan ats segala tunjuk ajar, pertolongan & jasa baik kalian sepanjang 2 hari aku berada disini. Hanya ALLAH sahaja yg dpt membalas budi baik kalian ^^

*Update: Aku xpass utk 2nd stage ni..Ade hikmahnye... =) 

Isnin, 10 September 2012

Pilihlah Rumah Tetamu USM ~

بسم الله الرحمن الرحيم

1hb Sept, I decided 2 follow my parents 2 send my sister to USM Penang. Wah.. Nostalgic feeling sungguh.. Hehe.. Btw, kalo sesape nak dtg USM nanti, duduklah di Rumah Tumpangan USM. Really recommended it. Bilik yg parents pilih juz RM140 je, ada wi-fi, newspaper (ambil di kaunter time daftar msk), heater, tv & yg penting selesa.. ;) Tumpang promosi disini sekejap.. Btw, ini adalah link Rumah Tetamu USMkot2 korang nk consider stay cni..  Aperpun, USM D' Best !!! ^^