Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Jun 2013

Doa Nabi Musa

بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita sama-sama amalkan Doa Nabi Musa ini.. Surah Al-Qisas (Ayat 24).



(Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir) 

Maksud: Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

Doa ini sangat ringkas tetapi padat dan mendalam maknanya. Amalkanlah membaca doa ini sebanyak mungkin.

Diambil dari laman web Dr. MAZA = Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.

Sesungguhnya Allah adalah tempat kita semua bergantung. Mengapa perlu meminta-minta kepada manusia sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa sebagai tempat mengadu.  Berdoalah dengan penuh perhatian, tawakal & yakin bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya & tidak akan pernah mengecewakan kita. Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita semua~

Rabu, 1 Mei 2013

Doa Abu Darda' (Doa Pelindung Diri & Harta Daripada Malapetaka)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, semua. Hari ni nak kongsi doa yg aku fikir sgt2 berguna terutama sekali dengan keadaan dunia sekarang ni . In sha Allah, dengan mengamalkan doa ini dapat menyelamatkan diri & harta korang daripada pelbagai malapetaka & bencana. Sentiasalah amalkan Doa Abu Darda’ ni selepas Subuh, Asar & juga sebelum korang keluar rumah untuk berjalan2. 

Di dalam satu riwayat dikatakan bahawa seorang telah datang kepada Abu Darda dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Abu Darda r.a. menjawab "Tidak, rumah saya tidak terbakar," Kemudian seorang lagi datang dan juga memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Beliau menjawab seperti yang pertama. Kemudian datang lagi orang ketiga dan memberitahu Abu Darda perkara yang sama dan beliau memberi jawapan seperti yang pertama. Pada kali keempat, seorang datang dan berkata "Wahai Abu Darda! Api telah naik tinggi dan membakar banyak rumah tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api itu telah padam,"

Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W. telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan diselamatkan dari semua bala dan musibah hingga petang. Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas setiap Subuh. Oleh itu, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar," 


Maksud: 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa sahaja yang tidak dikehendakiNya, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan diriku dan kejahatan segala makhluk yang melata, yang segala roh mereka dalam genggamanMu. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus (adil). 

Tambahan: (Diambil daripada blog Jiwa Jihad)

Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Mengikut apa yang Ustaz Norazaam bagi tahu kaifiat membaca doa ini ada setiap kali iaitu selesainya solat subuh dan solat maghrib. Apabila dibacakan selepas solat subuh insyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba maghrib dan apabila dibaca selepas solat maghrib insyaAllah diselamatkan sehingga waktu subuh keesokan harinya.

Ingatlah, doa itu senjata orang mukmin. Selamat Beramal ! ^^

Selasa, 15 November 2011

Kegunaan Al -Insyirah @ Alam Nashrah...


بسم الله الرحمن الرحيم
Juz nak mencatit sesuatu disini yg myb boleh dijadikan panduan untuk semua. Sebenarnye, sangat tertarik dengan ayat didalam novel bersiri keluaran hmetro ini -
Istikharah Sang Perindu ...

"......Saya baca surah yang penuh barakah itu berkali-kali setiap kali sesudah saya aminkan doa istikharah. Saya tadahkan tangan dan mula membaca

Alam nas rah la qasad raq; (Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu?)
Saya tiupkan ke telapak tangan, saya sapukan ke dada. Ya Allah lapangkanlah dadaku, dari segala masalah dan perkara yang menyempitkan dan menyusahkan hidupku. 

 Wawadaq na ang ka wiz raq ( Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu).
Saya tiupkan lagi ke telapak tangan. Saya sapukan ke bahu. Saya panjatkan doa; Ya Allah bantulah aku untuk menunaikan segala tanggungjawab yang Engkau amanahkan kepadaku. ..............

 Allazi ang kadaza raq (yang memberatkan punggungmu).
Saya tiupkan lagi ke telapak tangan dan saya sapukan di punggung. Saya panjatkan doa; Ya Allah hindarkan segala sifat malas yang ada dalam hati sanubariku, gantikanlah ia Ya Allah dengan sifat rajin dan taat mengerjakan perintah-Mu.


 Warafaq na la kaziq raq(dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu).
Saya tiupkan lagi ke telapak tangan dan saya raupkan ke muka. Saya panjatkan doa; Ya Allah, jadikanlah wajahku, perkataanku, boleh menyenangkan, boleh mententeramkan hati semua orang yang berurusan denganku.

Innamal us yi yusra, faiin namal uns ri yusra. Faiza fa raq ta fans sab, wa illa rab bi ka far ghab. (Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Maka apabila kau telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap).
Saya aminkan doa yang sungguh indah itu dan raupkan ke muka dengan penuh rasa harap kepada Allah.
Alhamdulillah, saya dapat rasakan tenangnya. Saya rasakan indahnya hidup yang Allah hadiahkan kepada saya ini. Saya rasakan indahnya berharap hanya kepada Allah. Alhamdulillah......"

Manfaat surah Al-Insyirah ini turut didapati dalam blog

pijon-pijon. Beliau mendapat manfaat ini ketika menonton segmen Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek.

MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH
1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bahagian pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Dats it! Selamat Beramal ^^