Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Ogos 2012

Waktu Sebenar Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini just nak share info yang baru dapat drpd my brother coz aku pelik tengok die asyik telefon time nak bukak puase je. Maybe ade yang dah tau and maybe not. Oleh sebab aku pun xnak lupe & blog ni adalah tempat untuk reminder bagi aku, jd aku nk coret di sini sebelum aku lupe. Info ini sangat berguna lebih-lebih lagi time Ramadhan ni coz untuk tau waktu sebenar buke puase. Hehe..waktu imsyak & subuh ye jugak, ok... Jadi kalo korang nak tau jam berapa sekarang ni yang sebenar2nye coz kadang2 jam HP kite nie masing2 berbeza, just dial 1051.. nanti akan ada mesin yg bgtau waktu sekarang ni.. Jadi, ape tggu lagi, setlah jam korang ikut waktu yang diberi nanti. Ciaoooo....~

Isnin, 11 Jun 2012

Jaga Kesihatan Ikut Cara Rasulullah ^_^

 بسم الله الرحمن الرحيم 



1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim). Kebersihan itu sunnah nabi ;)

3) TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4) GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Selain kita exercise keluar peluh, ini juga dapat menjaga kesihatan kita. Jadi, start sekarang, cubalah kita exercise naik tangga atau petang2 round tasik 3x pusingan ke ;)

5) TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati. -Ingat.Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya (still, pada tempat yang sepatutnya)...

6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.. Ingat! You are what you think. Be positif, stay positif!

7) TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” and Of course, iri hati pada bende yg baik xpe (cth: kt jeles tgk org yg dermakan hartanya menyebabkan kita pn nk ikut jd cam die gaks)

8) PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. ~ What others do, just don't let it bother u. U deserves to be happy! ^^

Isnin, 12 Disember 2011

Hati elok untuk tambah darah? No Way!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Source: Fakta menarik tentang buah delima

Ingat tak kalo kite kurang darah je, orang tentu akan suggest salah satunye makan hati. Biasenye hati ayam la.ak xtau la kalo ade hati lain untuk dimakan coz aku mmg jarang makan organ dlmn haiwan ni.. tapi kalo kite pk balik, dalam islam sendiri pon xbagi makan organ dalaman haiwan coz xelok untuk kesihatan.. tapi aku agak musykil bile org kate kalo kurang darah, mknlah hati haiwan..herm..oleh sebab aku nie mempunyai masa terluang, ak pon try je cari ape makanan yg elok untuk tambah darah & aku came across 2 lmn web ni..sgt elok untuk dibaca & dijadikan pengajaran & panduan..aku pon suggest dari korang makan organ dalaman haiwan tue, better korang makan sayur bayam ke or buah delima ke.. aku pun da byk kali je derma darah & setiap kali pas derma, aku pon elak makan hati coz aku xsuke & mmg Islam xgalakkan sgt, jadi aku hanye makan nasi cam biase plus sayur n ikan2..alhamdulillah setakat nie nk derma darah xde hal je... So, bawah nie ade 2 laman web yg blh dirujuk..rajin2la tengok & bace..insya-Allah sume ni ilmu.xsia2 je kalo korang bace,ok...^^


P/s: aku nk makan buah delima yg br dibeli di Nilai hari tue..he....


Selasa, 4 Oktober 2011

Petua Membersihkan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Credit: Google


Hari ini ak nak share petua untuk mencuci hati yg diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah sebab ak rase makin hari hati ak ni makin gelap & jauh dari Pencipta..Bukan nk kate ak baik sangat, tapi selagi pintu taubat masih terbuke utk ak, baik ak cepat2 mohon keampunan sblm ak meninggal, kan..Jadi alang2 ak cari untuk diri ak sendiri, better ak share gak ape yg ak dapat dgn korang sume. Bak kate org, sebarkanlah walau 1 ayat... ^^..So, lets begin:


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w (min 100 X sebelum tidur) - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.Paling bagus, korang ley wat tiap2 malam selepas Solat Isyak. Minta keampunan sblm korg tido..( Boleh rujuk di laman web ini utk doa die)

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Sebelum tidur pun, maafkan kesalahan orang yg pernah berbuat salah dengan kita. Insya-Allah, hati akan lebih tenang

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. Hebatnya minda kita!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. Insya-Allah

9) Ingat mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk - Turut dapat membersihkan wajah & sebabkan orang tenang memandang kita...

11) Bersedekah - Tidak semestinya berbentuk kebendaan. Senyum pun adalah satu sedekah. Insya-Allah kita akan dapat menceriakan hari org lain dengan senyum kerana ianya adalah satu penyakit yg berjangkit...^^

12) Belanja orang makan - Rajin2 belanja org sekeliling, niat sedekah & kerana Allah

13) Jaga Makanan - Sentiasa makan makanan yg halal, jika was2, tinggalkan shj

14) Berkawan dengan Ulama - Bak kata pepatah, berkawan dgn tukang pembuat minyak wangi, kita akn turut terkena tempiasnya

15) Berkawan dengan orang miskin - untuk menginsafi diri bhw ada lg manusia yg susah drpd kita

16) Pesan pada orang, jadi baik - Setiap org mukmin itu bersaudara. Kita tegur salah silap kwn krn kita sayang dia

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb) - ucapkan benda yg baik2, lihat & buat perkara yg baik2 kerana kita akn dipertanggungjwbkan dgn apa yg kita lakukan di akhirat kelak...

Last but not least, Sharing is Caring. Selamat Beramal & Moga Kita Semua Sentiasa Berada Dlm Lindungan-Nya. Amin...

Selasa, 9 Ogos 2011

Tuesday is Pink @ Violet Days!

بسم الله الرحمن الرحيم 


Herm...Tetibe tgh2 mandi, ak terpandang warne bj ak hr nie - violet (or bluish purple), dlm hati terdetik ' eh, ni warne yg sesuai utk hr nie' pas2 mendapat idea utk menulis ttg pengaruh warna yg pernah ak baca sebelum ini..

So, lets get started... Untuk memudahkan ingatan, warna tlh di list spt jadual spt dibwh:


HARI
WARNA
ISNIN
PUTIH
SELASA
PINK / VIOLET
RABU
BIRU
KHAMIS
KUNING / OREN
JUMAAT
HIJAU
SABTU
MERAH
AHAD
HITAM


Pasni, mayb korg tertanye2, apa kebaikan pakai ikut warne setiap hari nie.. Jd, ak try summarykan dari blog Dr. Ariffaizal - Warna Hari Resonan


Isnin


- Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary . Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. 

- Jika dapat tidur yang cukup, hari Isnin merupakan hari yang paling sesuai untuk :
mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang barumenyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. 
- Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah

 
Selasa

- Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

- Hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing, mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

- Dengan berpakaian pink, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat & pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
- Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus  



Rabu


- Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).


- Hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

- Penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

- Warna kuning - warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren - warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. 

- Pada hari ini dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. 

-Warna oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat & penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain. 

Jumaat

- Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung & Paru-paru.

- Hari Jumaat sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

- Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

- Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

- Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

- Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


- Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus , Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf , amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

- Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

- Hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

-Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Hello Blogs!

بسم الله الرحمن الرحيم   

Hi all..Jz starting 2 do dis blogging things 2 make up for my free time ( mcm byk je free time ak..he). First thing first, hope sume yg bace blog nie boleh dpt faedah wpn seciput..orait la tue kan dr xdpt langsung kan kan... My motto is ' 1 deed for 1 day' (kalau lebih pon xpe, lg bgs ape). Jd tanpa berlengah lagi, meh kt start menulis ok...

 First thing first, untuk menulis, kt perlukan idea. Yep..Idea. Tp mcm mane idea nk dtg? Adakah dgn berjln2 tanpa tujuan? Dgn berjogging? Time tido? Tgk bintang tgh malam? Well, sume org ade cara masing2. It depends on person. Tapi apa pulak kt org2 pengkaji nieh? Ha..meh ak quot ape yg dieorg kate :

" According to a group of researchers on creativity, d most common place for people to cook up their best ideas is while they're taking a shower" (Reader Digest Jan 2010)

Tp dlm Islam tak digalakkan sangat kite duduk lame2 kat toilet. Jd bwh nie antara alternatif2 lain untuk anda mendapatkan idea:


2) Bed (51%)- Ltk sebtg pen & bk kecik kt sisi korg sblm tido, dpt idea je, trs tls..
3) Driving (42%)- Drive2 jgk, pk pn pk jgk ok..
4) Walking (28%) - sambil2 jln melihat alam tu, blh dpt inspirasi gak ^^
5) Exercise, running, swimming (25%)

* Wah..ak da dpt idea mcm mane nk curik ikan lg lps nie..Haha..* Crdt pic 2 Google..