بسم الله الرحمن الرحيم
Dan tiadalah duduk setempat bg orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat,
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan mendapat pengganti orang yang kamu tinggalkan,
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan,
Aku melihat air yang tenang bertakung,
Mencemar kandungannya sendiri,
Sekiranya ia mengalir, ia akan baik,
Sekiranya ia tidak mengalir, ia tercemar.
Terbaca syair ini ketika melihat video saudara Ahmad Ammar . Sangat terkesan & menyentuh hati. Benar, mati itu datang tanpa mengira usia. Semoga ALLAH merahmatinya dan moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta syurga untuknya. Amin.